Dirham

Dirham perak zaman Khalifah Umar ibni Abd al-Aziz

Dirham (Arab: دِرهَم, bahasa Amazigh: ⴰⴷⵔⵉⵎ adreem) ialah unit matawang yang digunakan di seberapa negara, khususnya negara-negara Arab.

Nama unit ini datang daripada drakhma, suatu unit timbangan perak dan mata wang yang pernah wujud zaman Yunani Purba.[1][2] Sukatan ini pula datang daripada perkataan bahasa Yunani δράσσομαι drássomai "saya genggam" (I grasp) atau lebih tepat lagi "segenggam" (As much as one can hold in the hand);[2][3] yakni segenggam batang-batang tembaga atau perak bernilai iaitu obolos.

  1. ^ Oxford English Dictionary, 1st edition, s.v. 'dirhem'
  2. ^ a b Liddell, Henry George; Scott, Robert. δραχμή. A Greek–English Lexicon. Perseus Project.
  3. ^ Liddell, Henry George; Scott, Robert. δράσσομαι. A Greek–English Lexicon. Perseus Project.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy