Edward VII dari United Kingdom

Edward VII
Potret pertabalan oleh Luke Fildes
Raja United Kingdom dan Dominion British, Maharaja India
Pemerintahan22 Januari 1901 – 6 Mei 1910
Pertabalan9 Ogos 1902
Didahului olehVictoria
Diikuti olehGeorge V
Perdana MenteriLihat senarai
Durbar Imperial1 Januari 1903
Keputeraan(1841-11-09)9 November 1841
Istana Buckingham, London, United Kingdom
Kemangkatan6 Mei 1910(1910-05-06) (umur 68)
Istana Buckingham, London, United Kingdom
Pemakaman20 Mei 1910
Gereja Kecil St. George, Istana Windsor
PasanganAlexandra dari Denmark
AnakandaPutera Albert Victor, Duke Clarence
George V
Louise, Puteri Diraja, Duchess Fife
Puteri Victoria
Maud, Permaisuri Norway
Putera Alexander John dari Wales
Nama penuh
Albert Edward
KerabatWangsa Sachsen-Coburg dan Gotha
AyahandaPutera Albert dari Sachsen-Coburg dan Gotha
BondaVictoria
TandatanganTandatangan Edward VII

Edward VII (juga dikenali sebagai Albert Edward; 9 November 1841 – 6 Mei 1910) merupakan Raja bagi United Kingdom dan dominionnya serta Maharaja India dari 22 Januari 1901 sehinggalah kemangkatannya. Baginda adalah raja pertama dari kalangan Wangsa Sachsen-Coburg dan Gotha, di mana nama wangsa tersebut telah ditukar kepada Wangsa Windsor oleh anakandanya, George V.

Sebelum menaiki takhta, Edward berkhidmat sebagai pewaris raja dan memegang gelaran Putera Wales dengan jangka masa yang lebih lama berbanding pemegang-pemegang terdahulu. Pada zaman pemerintahan bondanya, Ratu Victoria yang lama, baginda dikecualikan daripada perkara-perkara berkaitan kuasa siasah dan hanya sebagai lambang kepada gaya hidup elit.

Zaman Edward iaitu era yang meliputi garis masa pemerintahan Edward dan nama era tersebut diambil sempena nama baginda. Pada zaman ini, abad baru dan perubahan yang ketara terhadap teknologi dan masyarakat termasuklah pesawat berkuasa bermula serta kebangkitan ideologi sosialisme berlaku di United Kingdom. Pada zaman itu juga, baginda memainkan peranan yang besar dalam memodenkan Armada Utama British (British Home Fleet), melakukan pembaharuan dalam Perkhidmatan Perubatan Tentera (Army Medical Services)[1] dan menyusun semula struktur Tentera British selepas Perang Boer Kedua. Edward juga menjalinkan hubungan yang baik dengan negara-negara Eropah yang lain terutamanya Perancis, yang mana baginda telah dikenali sebagai "Pendamai".

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama royal

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy