Enjin wap

Enjin wap atau enjim stim merupakan sejenis enjin pembakaran luar yang menggunakan tenaga haba yang wujud dalam wap, dan menukarkannya kepada kerja mekanikal.

Enjim wap digunakan sebagai pengerak utama bagi stesyen pam, kereta api, kapal wap, enjin geseran (traction engine), lori wap dan kenderaan lain. Ia penting bagi revolusi industri dan digunakan secara meluas bagi tujuan perdagangan di kilang dan logi, sungguhpun kebanyaknya telah digantikan oleh enjin pembakaran dalam dan motor eletrik.

Turbin stim, secara teknikalnya sebuah enjim stim, masih lagi digunakan secara meluas untuk menjana kuasa elektrik. Kira-kira 86% daripada semua kuasa elektrik di dunia dihasilkan melalui penggunaan turbin stim.

 
Gerakan enjin wap (animasi). Perhatikan bahawa pergerakan sambungan dari pengawal pemusat (centrifugal governor) mengerakkan trotle wap ditunjukkan hanya sebagai gambaran, sebenarnya sambungan ini berfungsi hanya apabila kelajuan enjin ditingkatkan atau dikurangkan.
 

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy