Erich von Manstein

Fil Marsyal
Erich von Manstein
Generaloberst Erich von Manstein, 1942.
Nama lahirFritz Erich Georg Eduard von Lewinski
Kelahiran(1887-11-24)24 November 1887
Berlin, Empayar Jerman
Meninggal dunia9 Jun 1973(1973-06-09) (umur 85)
Irschenhausen, Jerman Barat
Kesetiaan
Tahun perkhidmatan1906–1944
PangkatGeneralfeldmarschall
UnitInfantri
Arahan
Pertempuran
AnugerahDarjah Kerabat Diraja Hohenzollern
Darjah Michael the Brave
Knight Cross berserta Daun Oak dan Pedang
Hubungan
Tugas lainPenasihat ketenteraan kepada kerajaan Jerman Barat

Erich von Manstein (24 November 1887 – 9 Jun 1973) adalah salah seorang panglima tentera Jerman yang paling popular sewaktu Perang Dunia Kedua. Menyandang pangkat Fil Marsyal (Generalfeldmarschall), beliau telah disanjung tinggi oleh rakan dan musuh sebagai salah seorang pakar strategi tentera dan panglima perang terbaik Jerman. Manstein merupakan pegawai contoh Prusia dan salah seorang dari segelintir jeneral Jerman yang secara terbuka bercanggah pendapat dengan Adolf Hitler tentang hal ehwal ketenteraan. Manstein boleh bertutur dalam bahasa Inggeris dan Perancis.

Dilahirkan dalam keluarga bangsawan Prusia lama yang berkait dengan perkhidmatan tentera, Manstein menyertai tentera darat pada usia muda dan berkhidmat di beberapa barisan hadapan semasa Perang Dunia Pertama. Beliau telah naik ke pangkat kapten pada pertengahan perang dan aktif membantu Jerman membina angkatan tenteranya dalam tempoh antara perang. Beliau bertugas sebagai Ketua Staf Kumpulan Tentera Darat Selatan pimpinan Gerd von Rundstedt semasa pencerobohan keatas Poland yang mencetuskan Perang Dunia II. Beliau merupakan seorang daripada perancang utama operasi Fall Gelb (Kes Kuning), sebuah penyerangan yang merentasi hutan Ardennes semasa pencerobohan keatas Perancis dalam tahun 1940. Mendapat pangkat Jeneral pada pengakhiran kempen tersebut, beliau aktif dalam Operasi Barbarossa (penyerbuan keatas Kesatuan Soviet) dan Pengepungan Sevastopol, dan dinaikkan pangkat ke Fil Marsyal pada bulan Julai 1942. Nasib Jerman bertukar menjadi buruk selepas Pertempuran Stalingrad, yang mana Manstein memimpin gerakan pembebasan yang gagal. Beliau adalah antara komander utama dalam Pertempuran Kursk, satu daripada pertempuran utama yang terakhir dan pertempuran kereta kebal yang terbesar dalam sejarah. Beliau dipecat pada bulan Mac 1944 kerana perselisihan faham yang berterusan dengan Hitler mengenai pengendalian perang. Beliau tidak lagi diberi jawatan pemerintahan dan telah ditawan oleh pihak British pada bulan Ogos 1945, beberapa bulan selepas kekalahan Jerman.

Manstein memberi keterangan di Perbicaraan Nuremberg tentang penjenayah perang utama pada bulan Ogos 1946, dan menyediakan kertas, berserta dengan memoirnya, membantu menyangkal mitos "Wehrmacht bersih" berkaitan Holokaus. Dalam tahun 1949 beliau dibicarakan di Hamburg bagi jenayah perang dan disabitkan sembilan daripada 17 tuduhan, termasuk layanan buruk terhadap tawanan perang dan kegagalan melindungi orang awam yang berada di dalam kawasan operasinya. Hukuman penjaranya selama 18 tahun dikurangkan ke 12 tahun, tetapi beliau menjalani hukuman hanya empat tahun sebelum dibebaskan pada tahun 1953. Sebagai penasihat tentera kepada kerajaan Jerman Barat pada pertengahan tahun 1950-an, beliau membantu membina semula angkatan tentera negara tersebut. Kejayaan memoirnya bertajuk, Verlorene Siege (1955), diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris sebagai Lost Victories (Kemenangan yang Hilang), yang mengkritik kuat kepimpinan Hitler, dan bertumpu hanya pada aspek ketenteraan perang, mengabaikan konteks politik dan etika. Manstein meninggal dunia di Munich pada tahun 1973.

Manstein bersama Generaloberst Hermann Hoth, Panglima Tentera Darat Ke-4 Panzer, 1942

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy