Ernst Busch

Fil Marsyal
Ernst Busch
Generalfeldmarschall Ernst Busch pada 1944
Kelahiran6 Julai 1885
Steele, Kreis Essen
Meninggal dunia17 Julai 1945 (usia 60)
Kem Aldershot berhampiran London, England
Kesetiaan Empayar Jerman (hingga 1918)
 Republik Weimar (hingga 1933)
 Jerman Nazi
PerkhidmatanHeer
Tahun perkhidmatan1904-1945
PangkatGeneralfeldmarschall
UnitInfantri
ArahanTentera Darat Ke-16
Kumpulan Tentera Darat Tengah
PertempuranPerang Dunia I
Perang Dunia II
AnugerahPour le Merite
Knight Cross of the Iron Cross berserta Daun Oak
Tandatangan

Ernst Bernhard Wilhelm Busch (6 Julai 1885 – 17 Julai 1945) adalah seorang Fil Marsyal Jerman semasa Perang Dunia II yang memerintah Tentera Darat Ke-16 dan kemudian Kumpulan Tentera Darat Tengah.

Semasa Perang Dunia I, Busch berkhidmat sebagai pegawai infantri dan kekal didalam tentera darat Republik Weimar selepas perang. Beliau terus naik ke senioriti dan pada 1935 dinaikkan pangkat ke Generalmajor dan menjadi Panglima Divisyen Ke-23 Infantri. Semasa pencerobohan Poland, beliau memerintah Kor VIII. Pada tahun 1940, beliau telah dilantik Panglima Tentera Darat Ke-16; beliau memimpinnya dalam Pertempuran Perancis 1940 dan Operasi Barbarossa, iaitu pencerobohan Soviet Union 1941.

Pada Oktober 1943, Fil Marsyal Busch menjadi Panglima Kumpulan Tentera Darat Tengah. Beliau telah dipecat pada Jun 1944 selepas kemusnahan angkatan daratnya dalam Operasi Bagration Tentera Merah. Beliau kemudian dilantik sebagai Panglima Tertinggi Barat Laut (Oberbefehlshaber Nordwest) pada bulan terakhir peperangan dan meninggal dunia sebagai tawanan perang di England.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy