Erwin Rommel

Fil Marsyal
Erwin Rommel
Generalfeldmarschall Erwin Rommel, 1943
Nama lahirJohannes Erwin Eugen Rommel[1]
Nama samaranWüstenfuchs ("Rubah Gurun")
Kelahiran15 November 1891 (1891-11-15)
Heidenheim, Kerajaan Württemberg
Meninggal dunia14 Oktober 1944(1944-10-14) (umur 52)
Herrlingen
DisemadikanTanah Perkuburan Herrlingen
Kesetiaan
Perkhidmatan Tentera Darat Imperial Jerman
Reichswehr
Heer
Tahun perkhidmatan1911–1944
PangkatGeneralfeldmarschall
UnitPanzer
Arahan
PertempuranPerang Dunia I

Perang Dunia II

Anugerah
PasanganLucia Maria (née Mollin) Rommel, isteri
HubunganManfred Rommel, anak
Tandatangan

Erwin Johannes Eugen Rommel (15 November 1891 - 14 Oktober 1944), lebih dikenali sebagai Rubah Gurun atau Desert Fox (Bahasa Jerman:Wüstenfuchs), merupakan salah seorang Fil Marsyal (Generalfeldmarschall) Jerman yang paling popular dalam Perang Dunia Kedua. Beliau sering diingati bukan sahaja kerana kehebatannya, tetapi juga kerana sifat-sifat kemanusiaan terhadap musuh-musuhnya.

Rommel adalah antara pegawai yang paling banyak menerima pingat sewaktu Perang Dunia I dan telah dikurniakan Pour le Merite bagi keberaniannya di perbatasan Itali. Dalam Perang Dunia II, beliau terus mendapat nama sebagai panglima Divisyen Panzer 7 semasa penyerbuan Jerman ke atas Perancis pada tahun 1940. Tentera Jerman dan Itali di bawah pimpinannya dalam kempen Afrika Utara telah mengukuhkan beliau sebagai salah seorang panglima perang yang paling berkebolehan dari segi taktik dan strategi, memberikan beliau gelaran Musang Gurun. Beliau dianggap salah seorang panglima perang paling mahir dalam peperangan padang pasir. Beliau kemudian memerintah tentera Jerman yang menentang penyerbuan tentera Bersekutu di Normandy. Beliau tidak pernah ditugaskan ke Barisan Timur.

Rommel juga dianggap sebagai seorang pegawai yang berperikemanusiaan dan profesional. Kor Afrika nya tidak pernah dituduh melakukan jenayah perang dan askar-askar yang ditawan semasa kempen Afrika dilaporkan telah dilayan dengan baik. Arahan-arahan untuk membunuh askar Yahudi, orang awam dan komando yang ditangkap tidak diendahkannya. Pada tahun 1944, Rommel telah dikaitkan dengan konspirasi untuk membunuh Adolf Hitler. Disebabkan Rommel merupakan seorang wira negara, Hitler berkehendakkan beliau dihapuskan secara senyap. Beliau memaksa Rommel membunuh diri dengan menelan racun sianida, sebagai balasan bagi menjamin keluarga Rommel tidak akan dianiaya sesudah kematiannya. Beliau telah diberikan pengkebumian negara dan sebab kematiannya diisytihar sebagai sakit jantung, akibat dari kemalangan kereta.

  1. ^ Remy 2002, m/s. 15.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy