Fairchild Channel F

Fairchild Channel F
PengilangFairchild Semiconductor
JenisKonsol permainan video
GenerasiGenerasi kedua
Ketersediaan runcitAmerika Syarikat Ogos 1976
MediaKatrij ROM
CPUFairchild F8 (8-bit) berkelajuan 1.79 MHz

Fairchild Channel F merupakan sebuah konsol permainan video yang dikeluarkan oleh syarikat elektronik Fairchild Semiconductor pada bulan Ogos 1976. Konsol ini merupakan konsol pertama yang dijana olehcip mikropemproses sendiri serta konsol pertama yang direka untuk memainkan permainan video dari media kartrij, berbanding dengan konsol-konsol yang dicipta sebelum ini yang memerlukan permainan video yang diprogramkan di dalam konsol itu sendiri.[1]

Nama asal konsol ini ialah Video Entertainment System namun begitu syarikat Fairchild mengeluarkan konsol ini atas nama Channel F oleh kerana pada ketika itu Atari telah mengeluarkan konsol VCS mereka iaitu Atari 2600[2][1]. Konsol ini juga dipercayai konsol pertama yang membolehkan pengguna menghentikan seketika permainan video mereka, hasil daripada teknologi cip mikpemproses yang dimiliki[3].

  1. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama gamester
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama racket
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama about

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy