Fandi Ahmad

Fandi Ahmad
Fandi sebagai ketua jurulatih LionsXII, semasa perlawanan bola sepak antara LionsXII dan Kelantan FA pada Mac 2014.
Maklumat peribadi
Tarikh lahir (1962-05-29) 29 Mei 1962 (umur 62)
Tempat lahir Singapura
Ketinggian 1.76 m (5 ka ​9 516 in)[1]
Posisi permainan Penyerang
Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
(Pengurus) Sri Pahang FC
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1978–1982 Singapore FA
1982 Niac Mitra
1983–1985 Groningen 36 (11)
1986–1989 Kuala Lumpur FA
1990 OFI Crete 0 (0)
1991–1992 Pahang FA
1993–1994 Singapore FA
1996 Geylang United
1997–1999 Angkatan Tentera Singapura
Pasukan kebangsaan
1979–1997 Singapura 101 (55)
Pasukan diurus
2000–2002 Angkatan Tentera Singapura
2003–2006 Young Lions
2006–2010 Pelita Raya
2012–2013 Johor DT
2014- LionsXII
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Fandi bin Ahmad, PBM (lahir 29 Mei 1962) ialah seorang pesara jurulatih bola sepak dan bekas pemain bola sepak profesional Singapura yang merupakan ketua jurulatih pasukan LionsXII di Liga Super Malaysia.[2] Beliau sering bermain dalam kedudukan penyerang dan kadangkala menjadi pemain tengah. Beliau bermain untuk Piala Malaysia bersebelahan Singapore FA, Kuala Lumpur FA dan Pahang FA, memenangi semua tiga gelaran, termasuk kemenangan berganda pada 1992 dan 1994, dan juga Golden Boot pada 1988. Beliau juga bermain untuk Niac Mitra (Indonesia), Groningen (Belanda), Geylang United (Singapura) dan SAFFC (Singapura).[kaki 1] Bersama pasukan bola sepak kebangsaan Singapura, Fandi menang 101 kap, menjaringkan 55 gol dan memenangi tiga pingat perak di Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) dan juga menjadi kapten pasukan Singapura dari 1993 hingga 1997.[3] Beliau menguruskan SAFFC, Pelita Raya (Indonesia) dan Johor Darul Takzim (Malaysia), berkhidmat sebagai pembantu jurulatih kebangsaan dan mengendalikan Akademi Fandi Ahmad. Sebagai pemenang Pingat Bakti Masyarakat pada 1994, beliau merupakan rakyat Singapura pertama yang bermain di Eropah, jutawan sukan Singapura pertama dan ahli sukan Singapura yang pertama mempunyai biografi penerbitan. Semasa kerjayanya sebagai pemain bolasepak, Fandi telah bermain dengan kelab-kelab di Eropah dan Asia dan dianggap oleh ramai sebagai legenda kebangsaan dan pemain terbaik Singapura.[kaki 2] Beliau mempunyai lima anak bersama isterinya, model warga Afrika Selatan, Wendy Jacobs dan bapanya ialah Ahmad Wartam, seorang bekas penjaga gol kebangsaan Singapura. Fandi telah tersenarai dalam kedudukan keenam dalam senarai 50 Atlet Terhebat Singapura oleh The Straits Times pada 1999.[12]

  1. ^ S Gulam (18 May 1996) Old? Who says? The New Paper. p=53.
  2. ^ http://www.straitstimes.com/forum/letters-in-print/a-new-beginning-for-our-young-lions
  3. ^ "FAS launches FAS Captains' Advisory Panel". FAS. Dicapai pada 21 Mac 2014.
  4. ^ "Fandi Ahmad Academy hopes to send youth abroad to turn professional", Channel NewsAsia, 18 May 2011.
  5. ^ Wang Meng Meng, "Singapore soccer through Fandi's eyes", The New Paper, 24 January 2005.
  6. ^ Sanjay Nair, "Fandi unlikely to coach Singapore Lions", The Straits Times, 5 August 2011.
  7. ^ "Fandi is too nice for his own good", The Sunday Times, 12 November 2006.
  8. ^ Jose Raymond, "A superstar sacred ground", TODAY, 27 June 2007.
  9. ^ Santokh Singh, "Ball starts rolling to honour 4 players", The Straits Times, 29 April 1999.
  10. ^ Nick Edwards, "Top Singapore soccer star espouses humility", Reuters, 17 May 1998.
  11. ^ G Sivakkumaran, "Fandi named as Sivaji's assistant", The Straits Times, 7 January 2003.
  12. ^ "Here's the full list". The Straits Times. 19 Disember 1999.


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "kaki", tetapi tiada tag <references group="kaki"/> yang berpadanan disertakan


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy