Republik Filipina Republika ng Pilipinas (Bahasa Filipino) | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Cogan kata: "Maka-Diyos, Maka-tao, Makakalikasan, at Makabansa" (Untuk Tuhan, Untuk Rakyat, Untuk Alam, dan Untuk Negara) | |||||
Lagu kebangsaan: Lupang Hinirang (Tanah Terpilih) | |||||
Mohor Kerajaan Dakilang Sagisag ng Pilipinas (Lambang Besar Filipina) | |||||
Ibu negara | Manila 14°35′N 120°58′E / 14.583°N 120.967°E | ||||
Bandar terbesar | Bandar Quezon 14°38′N 121°02′E / 14.633°N 121.033°E | ||||
Bahasa rasmi | Filipino, Inggeris | ||||
Agama | 88.7% Kristian —79.6% Roman Katolik —9.1% Kristian lain 6.0% Islam 5.3% lain-lain | ||||
Kerajaan | Republik | ||||
• Presiden | Ferdinand Marcos Jr. | ||||
Sara Duterte | |||||
Juan Miguel Zubiri | |||||
Martin Romualdez | |||||
Alexander Gesmundo | |||||
Kemerdekaan | |||||
12 Jun 1898 | |||||
24 Mac 1934 | |||||
4 Julai 1946 | |||||
2 Februari 1987 | |||||
0.6 | |||||
Penduduk | |||||
• Perkiraan 2019 | 101,642,817 (11) | ||||
• Bancian Penduduk 2000 | 76,504,077 | ||||
KDNK (PPP) | 2019 | ||||
• Jumlah | $1.278 billion (29) | ||||
$11,326 (118) | |||||
KDNK (nominal) | 2023 | ||||
• Jumlah | $435.675billion (34) | ||||
$3,859 (124) | |||||
HDI (2021) | 0.699 sederhana · 89 | ||||
Mata wang | Peso Filipina (Piso) ( PHP ) | ||||
Zon waktu | UTC+8 (PST) | ||||
Kod panggilan | +63 | ||||
DPT internet | .ph | ||||
* Bahasa Cebu, Bahasa Ilokano, Bahasa Hiligaynon, Bahasa Bikol, Bahasa Waray-Waray, Bahasa Kapampangan, Bahasa Pangasinan, Bahasa Kinaray-a, Bahasa Maranao, Bahasa Maguindanao, Bahasa Tagalog, Bahasa Tausug bagi wilayah Sulu, Bahasa Bajau/Badjaw/Badjao bagi wilayah Tawi-Tawi dan Bahasa Yakan bagi wilayah Basilan seterusnya merupakan bahasa rasmi bagi wilayah masing-masing. Bahasa Sepanyol, Bahasa Melayu dan Bahasa Arab sebagai bahasa pilihan dan sukarela. |
Filipina [fi-li-pi-na] (Filipina: Pilipinas atau Filipinas , bahasa Inggeris: the Philippines ) atau nama rasminya Republik Filipina (Filipina: Republika ng Pilipinas ; bahasa Inggeris: Republic of the Philippines ) merupakan sebuah negara kepulauan unitari berdaulat di Asia Tenggara.
Terletak di Lautan Pasifik barat, ia terdiri daripada kira-kira 7,641 buah pulau[1] yang terbahagi kepada tiga rantau iaitu (dari utara ke selatan) Luzon, Visayas, dan Mindanao.
Ibu negara Filipina ialah Manila sementara bandar yang paling ramai penduduk ialah Bandar Quezon, kedua-duanya tergolong dalam wilayah Metro Manila.[2] Dikelilingi oleh Laut China Selatan di barat, Laut Filipina di timur dan Laut Sulawesi di barat daya, negara Filipina berkongsi sempadan maritim dengan Taiwan di utara, Vietnam di barat, Palau di timur, dan Malaysia dan Indonesia di selatan.
Kedudukan Filipina di lingkaran api Pasifik dan hampir dengan khatulistiwa menyebabkan negara itu terdedah kepada gempa bumi dan ribu taufan, tetapi juga kaya dengan sumber alam dan antara kepelbagaian alam terbesar di dunia. Filipina mencatat keluasan tanah 343,448 kilometer persegi (132,606 bt2) dengan lebih 100 juta orang setakat tahun 2015. Setakat Januari 2018[kemas kini], Filipina merupakan negara Asia kelapan paling ramai penduduk dan negara ke-12 paling ramai penduduk di dunia. Kira-kira 10 juta lago orang Filipina tinggal di luar negara,[3] menjadikan salah sebuah masyarakat diaspora yang terbesar di dunia. Terdapat berbilang suku dan etnik di seluruh kepulauan. Kaum Negrito adalah antara penduduk terawal pulau sejak zaman prasejarah lagi, diikuti oleh kedatangan orang Austronesia secara bergilir-gilir.[4] Berlakunya pertukaran bersama bangsa-bangsa Cina, Melayu, India dan Islam. Kemudian, ditubuhkan pelbagai negeri yang bersaing sesama sendiri di bawah pemerintahan Datu, Raja, Sultan mahupun Lakan.
Ketibaan penjelajah Portugis bernama Ferdinand Magellan yang mengetuai armada bagi pihak Spanish, di Homonhon, Samar Timur pada 1521 menandakan bermulanya penjajahan Sepanyol. Pada 1543, penjelajah Sepanyol Ruy López de Villalobos menamakan kepulauan ini Las Islas Filipinas sempena Raja Felipe II dari Sepanyol. Dengan tibanya Miguel López de Legazpi dari Bandar Raya Mexico, pada 1565, ditubuhkannya penempatan Hispanik pertama di kepulauan.[5] Filipina menganggotai Empayar Sepanyol selama lebih daripada 300 tahun. Kesannya, agama Katolik menjadi agama dominan. Pada zaman ini, Manila menjadi hab barat bagi perdagangan trans-Pasifik yang menyambungkan Asia dengan Acapulco di benua Amerika.[6]
Di akhir abad ke-19, berlakunya Revolusi Filipina yang membuahkan Republik Filipina Pertama yang pendek hayatnya, diikuti oleh Perang Filipina-Amerika. Semenjak itu Amerika Syarikat memegang kedaulatan ke atas kepulauan Filipina (kecuali apabila tempoh pendudukan Jepun) hinggalah selepas Perang Dunia Kedua, apabila Filipina diiktiraf sebagai bangsa yang merdeka. Semenjak itu, Filipina seringkali mengalami pergolakan dalam demokrasi, termasuklah pernah menggulingkan pemerintahan diktator secara revolusi tanpa kekerasan.[7]
Filipina merupakan anggota pengasas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), forum Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC), dan Sidang Kemuncak Asia Timur. Di Filipina juga letaknya ibu pejabat Bank Pembangunan Asia (bahasa Inggeris: Asian Development Bank ).[8] Filipina dikira sebagai sebuah pasaran memuncul dan negara baru berindustri,[9] yang mempunyai ekonomi yang beralih daripada asas pertanian kepada yang asas perkhidmatan dan perkilangan.[10] Filipina merupakan salah satu daripada hanya dua buah negara majoriti Kristian di Asia Tenggara selain daripada Timor Leste.