Formula Satu musim 2013

Kejuaraan Dunia FIA Formula Satu musim 2013
Sebelum: 2012 Seterusnya: 2014
Indeks: Perlumbaan mengikut negara | Perlumbaan mengikut musim

Formula Satu musim 2013 ialah Kejuaraan Dunia Formula Satu musim ke-64, iaitu kejuaraan lumba kereta untuk kereta Formula Satu kereta yang diiktiraf oleh badan induk sukan tersebut, iaitu Fédération Internationale de l'Automobile (FIA), sebagai kelas yang tertinggi dalam perlumbaan kereta roda terbuka. Sebelas pasukan dan dua puluh dua pemandu bertanding dalam 19 Grand Prix pada musim 2013 ini,[1] dengan pemandu dan pasukan yang menjadi juara keseluruhan akan dinobatkan sebagai Juara Pemandu dan Pengeluar Dunia. Musim ini bermula di Australia pada 17 Mac dan berakhir di Brazil pada 24 November.

Musim 2013 merupakan tahun terakhir di mana Formula Satu menggunakan konfigurasi enjin V8 2.4 liter, dan enjin turbo V6 1.6 akan digunakan pada tahun 2014.[2]

Sebastian Vettel memulakan musim ini sebagai Juara Pemandu, selepas memenangi kejuaraan dunia ketiganya berturut-turut di Grand Prix Brazil 2012, iaitu perlumbaan terakhir bagi musim 2013.[3] Pasukannya, Red Bull Racing ialah Juara Pengeluar Dunia bertahan, selepas merangkul kejuaraan tersebut di Grand Prix Amerika Syarikat 2012.[4]

Selepas dua-belas perlumbaan, Vettel mendahului kejuaraan dengan 43 mata, di hadapan juara tahun 2005-2006, Fernando Alonso. Red Bull-Renault mendahului Kejuaraan Pengeluar dengan 104 mata, di hadapan Ferrari.

  1. ^ Noble, Jonathan; Rencken, Dieter (21 September 2012). "GP Singapura: Kalendar F1 musim 2013 dikeluarkan". Autosport.com. Haymarket Publications. Dicapai pada 21 September 2012.
  2. ^ Strang, Simon (29 Jun 2011). "FIA menggunakan enjin v6 1.6-liter pada tahun 2014". Autosport. Haymarket Publications. Dicapai pada 26 Oktober 2011.
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Vettel 3 times
  4. ^ Collantine, Keith (18 November 2012). "Red Bull win third constructors' title in a row". Keith Collantine. Dicapai pada 18 November 2012. Text "work-F1 Fanatic" ignored (bantuan)

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy