Gabenor Jeneral Filipina

Gabenor Jeneral
Filipina
Gobernador y Capitán General de Filipinas
Gobernador-Heneral ng Pilipinas
フィリピン総督
Bidang kuasaEmpayar Sepanyol Sunting nilai ini di Wikidata
KediamanFort San Pedro (1565–1572)
Palacio del Gobernador (1572–1863)
Istana Malacañang (1863–1945)
Mansion House (1942–1945)
Dilantik oleh
Wizurai Sepanyol Baru
Monarki Sepanyol
Monarki Great Britain
Presiden Amerika Syarikat
Maharaja Jepun
PeloporPelbagai,
sistem barangay
DibentukApril 27, 1565
Pemegang pertamaMiguel López de Legazpi
(dibawah Sepanyol)
Dawsonne Drake
(dibawah Great Britain)
Wesley Merritt
(dibawah Amerika Syarikat)
Masaharu Homma
(dibawah Jepun)
Pemegang akhirDiego de los Ríos
(dibawah Sepanyol)
Dawsonne Drake
(dibawah Great Britain)
Frank Murphy
(dibawah Amerika Syarikat)
Tomoyuki Yamashita
(dibawah Jepun)
DimansuhkanOctober 6, 1945
Digantikan olehHigh Commissioner to the Philippines (en) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
SenaraiList of Governors-General of the Philippines (en) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Gabenor Jeneral Filipina (Filipinas; Filipino: Gobernador-Heneral ng Pilipinas/Kapitan Heneral ng Pilipinas) ialah gelaran eksekutif kerajaan semasa zaman kolonial Filipina, ditadbir oleh Kota Mexico dan Madrid (1565–1898) dan Amerika Syarikat (1898–1946), dan secara singkat oleh Great Britain (1762–1764) dan Jepun (1942–1945). Mereka juga merupakan wakil eksekutif bagi kuasa pemerintah.

Pada 15 November 1935, Komanwel Filipina telah ditubuhkan sebagai kerajaan peralihan untuk mempersiapkan kemerdekaan negara daripada penguasaan Amerika. Gabenor Jeneral telah digantikan oleh bakal presiden Komanwel Filipina berbangsa Filipina, sebagai ketua eksekutif negara Filipina, mengambil alih banyak tugas-tugas gabenor jeneral. Bekas gabenor jeneral Amerika kemudiannya dikenali sebagai Pesuruhjaya Tinggi Filipina.

Dari tahun 1565 hingga 1898, negara Filipina berada dibawah pemerintahan Sepanyol. Dari tahun 1565 hingga 1821, gabenor dan kapten jeneral telah dilantik oleh Kewizuraian Sepanyol Baru atas cadangan Cortes Sepanyol dan memerintah bagi pihak monarki Sepanyol untuk mentadbir Kekapitanan Jeneral Filipina. Apabila terdapat kekosongan (cth. kematian, atau semasa tempoh peralihan antara gabenor), Real Audiencia di Manila melantik seorang gabenor sementara daripada kalangan ahlinya.

Selepas Mexico mendapat kemerdekaannya pada tahun 1821, negara itu bukan lagi dibawah Kewizuraian Sepanyol Baru (kini Mexico) dan hal ehwal pentadbiran yang dahulunya diuruskan oleh Sepanyol Baru telah dipindahkan ke Madrid dan diletakkan terus dibawah Raja Sepanyol.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy