Galileo Galilei

Potret Galileo Galilei oleh Giusto Sustermans.

Galileo Galilei (15 Februari, 15648 Januari, 1642) merupakan ahli nujum, ahli fizik, ahli astronomi dan ahli falsafah yang telah dikait rapat dengan revolusi sains.

Anak kepada Vicenzo, seorang ahli muzik yang terkenal, Galileo berminat mengkaji bintang. Dalam tahun 1609, Galileo telah mencipta teleskop yang pertama. Teleskopnya telah membantunya mengkaji tompok matahari dan planet Zuhrah. Beliau juga menemui hukum gerakan pertama dan kedua yang telah memberi sokongan yang berkesan kepada teori Copernicus. Oleh kerana pencapaianya, Galileo telah dianugerahkan sebagai "Bapa Astronomi Moden", "Bapa Fizik Moden" serta "Bapa Sains".

Kerja uji kajinya telah dianggap sebagai pelengkap kepada karya-karya Francis Bacon dalam pengasasan kaedah sains moden. Kerjaya Galileo berkait dengan kerjaya Johannes Kepler. Kerjayanya juga dianggapi sebagai penyimpangan daripada kerjaya Aristotle. Percanggahannya dengan Gereja Roman Katolik telah diambil sebagai contoh awal yang utama bagi konflik antara kuasa dengan kebebasan pemikiran, khususnya dalam bidang sains di masyarakat Barat.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy