Garis Maginot

Garis Maginot
Ligne Maginot
Sebahagian daripada Garis Maginot
Timur Perancis
Pintu masuk ke Ouvrage Schoenenbourg di sepanjang
Garis Maginot di Alsace
JenisGaris pertahanan
Maklumat tapak
Dikawal olehPerancis
Dibuka kepada
orang awam
Ya
Sejarah tapak
Dibina1930–1940
Dibina olehAndre Maginot, Paul Painlevé
Diguna sejak1935–1969
BahanKonkrit dan besi
PerangPerang Dunia Kedua

Garis Maginot adalah satu garisan Perkubuan konkrit, penghalang kereta kebal, pos mesingan dan pertahanan lain yang dibina oleh pihak Perancis sepanjang sempadannya dengan Jerman dan Itali selepas Perang Dunia I. Secara umumnya istilah tersebut merujuk samaada kepada keseluruhan sistem atau pertahanan yang menghadap ke Jerman sementara Garis Alpine bagi baris pertahanan Perancis-Itali. Pihak Perancis percaya bahawa kubu tersebut akan memberikan masa bagi kerahan tentera mereka sekiranya diserang dan mengimbangi kelemahan jumlah tentera. Kejayaan pertempuran pertahanan statik dalam Perang Dunia I merupakan pengaruh utama pemikiran pihak Perancis.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy