Gioachino Rossini

Gioachino Rossini.

Gioachino Antonio Rossini [1] (Pesaro, Februari 29, 1792 – Passy, November 13, 1868) adalah seorang penggubah opera terkenal Itali yang menggubah 39 opera, begitu juga banyak lagu-lagu suci dan muzik kamar. Opera beliau yang amat terkenal sehingga ke hari ini adalah Il barbiere di Siviglia (atau The Barber of Seville), La Cenerentola dan Guillaume Tell (atau William Tell).

Opera gubahan Rossini yang paling terkenal dihasilkan pada Februari 20, 1816 di Teatro Valle di Rom . Libreto opera tersebut ditulis oleh Cesare Sterbini, diambil dari versi Pierre Beaumarchais iaitu sebuah pementasan drama terkenal Le Barbier de Seville. Dari tahun 1815 hingga ke tahun 1823 sahaja, Rossini telah menggubah 20 buah opera. Di antaranya adalah opera Otello pada tahun 1816, sebuah opera bercorak serius. Opera tersebut juga kemudiannyanya digubah semula oleh Giuseppe Verdi pada tahun 1887.

  1. ^ Nama pertama Rossini kerap dieja sebagai "Gioacchino." Rossini sendiri mengeja dengan penggunaan satu atau dua "c" or two pada masa mudanya, namun kemudiannya mengekalkan "Gioachino." Baker's, Grove, dan ramai para penyelidik sejarah Rossini menggunakan "Gioachino."

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy