Gitar

Gitar
ݢيتر
Sebuah gitar jenis klasik bertali nilon.
Sebuah gitar jenis klasik bertali nilon.
Sebuah gitar jenis klasik bertali nilon.
Alat tali
PengelasanAlat muzik bertali
Pengelasan Hornbostel-Sachs321.322
(kordofon komposit)
Lingkungan dimain
(a standard tuned guitar)

Gitar (Jawi: ݢيتر) adalah sejenis alat muzik bertali. Ia terdiri daripada suatu badannya seakan-akan berbentuk biola dengan batang leher yang panjang dan padat serta terdapat ruas-ruas (fret) dipasangkan dengan sebilangan tali atau senar (enam biasanya, tetapi antara empat hingga dua belas ada wujud) yang boleh dimainkan dengan memetik umumnya menggunakan jari mahupun pemanting.

Gitar secara tradisional dibentuk dari berbagai jenis kayu dengan tali atau senar diperbuat daripada nilon atau besi waja, ada juga seberapa gitar modern dibuat dari bahan polikarbonat. Secara umumnya, gitar terbahagi kepada 2 jenis:

  • Gitar akustik - dengan bagian badannya yang berlubang (hollow body), telah digunakan selama ribuan tahun. Terdapat tiga jenis utama gitar akustik modern: gitar akustik senar-nilon, gitar akustik dawai besi, dan gitar archtop. Gitar klasik umumnya dimainkan sebagai instrumen solo menggunakan teknik fingerpicking komprehensif.
  • Gitar elektrik, diperkenalkan pada tahun 1930-an, bergantung pada penguat yang secara elektronik mampu memanipulasi bunyi gitar. Pada permulaan penggunaannya, gitar elektrik menggunakan badan berlubang (hollow body), namun kemudian penggunaan badan padat (solid body) dirasa lebih sesuai. Gitar elektrik terkenal luas sebagai instrumen utama pada berbagai genre musik seperti blues, country, reggae, jazz, metal, rock, dan pelbagai bentuk musik pop.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy