Gitar klasik

Gitar Klasik Moden
Gitar klasik moden. Bod suara daripada kayu spruce (kiri) dan araz (kanan).
Gitar klasik moden. Bod suara daripada kayu spruce (kiri) dan araz (kanan).
Gitar klasik moden. Bod suara daripada kayu spruce (kiri) dan araz (kanan).
tali
Pengelasan Hornbostel-Sachs321.322-5
(Kordofon komposit dibunyikan dengan jari atau kuku.)
DibangunkanAbad ke-19.
Lingkungan dimain
Alat muzik berkaitan
Pemuzik

Gitar klasik ialah sejenis gitar yang kadang kala disamakan dengan "Gitar Sepanyol". Faktor sama kedua-dua jenis gitar ialah enam utas tali nylon berbanding tali logam yang digunakan dengan gitar akustik dan gitar elektrik. Gitar klasik berlainan daripada "gitar Sepanyol" dari segi pembinaan, saiz, berat, kayu dan bunyinya. Ia juga dapat digunakan bagi merujuk kepada dua konsep:

  • Teknik jari instrumental yang digunakan dalam permainan gitar klasik—tali yang dipetik satu persatu dengan jari atau kuku,
  • Repertoir lampau alat.

Bentuk, pembuatan, dan bahan pembinaan gitar klasik berlainan, tetapi lazimnya gitar klasik berbentuk "gitar klasik moden", atau benyuk "gitar klasik lama" (yakni gitar romantis dari Perancis dan Itali). Tali dibuat daripada nylon atau bahan buatan lain, atau dawai yang dililit pada teras nylon atau bahan buatan lain. Gitar lama selalunya mengguna tali yang dibuat daripada usus (kambing atau babi).

Terdapat satu famili gitar:[1] (Gitar flamenco wujud daripada gitar klasik moden, tetapi berbeza dari segi pembikinan, bahan binaan, dan bunyi).[2][3]

Istilah "gitar klasik moden" kadang kalanya digunakan untuk membezakan gitar klasik daripada bentuk gitar tua, yang juga dapat digelar "klasik", tetapi istilah yang lebih tepat ialah "gitar awal". Contoh-contoh gitar awal adalah gitar romantis yang bertali enam, (lingkungan tahun 1790 – 1880), dan gitar barok yang lebih awal yang menggunakan lima tali (course).

Gitar klasik moden ditetapkan melalui seni reka seorang ahli lut Sepanyol abad ke-19, Antonio Torres Jurado.

  1. ^ "The Guitar Family Tree". Dennis Cinelli. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-25. Dicapai pada 2012-12-16.
  2. ^ Classical vs. Flamenco Guitar Construction (Fernandez Music)
  3. ^ "FAQ about Classical Guitars and Flamenco Guitars". Zavaleta's La Casa de Guitarras. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-01-25. Dicapai pada 2012-12-16.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy