Grafik komputer

"Teko Utah" (Utah teapot), salah satu contoh imej grafik komputer terkenal direkakan di Universiti Utah tahun 1975.

Grafik komputer (bahasa Inggeris: computer graphics) ialah sebahagian daripada sains komputer yang berkaitan dengan pembuatan dan manipulasi gambar (visual) secara digital melalui peranti komputer.[1] Bentuk perantaraan grafik komputer ialah grafik komputer 2D yang kemudian berkembang menjadi grafik komputer 3D, pemprosesan imej, dan pengecaman pola. Grafik komputer sering dikenali juga dengan istilah visualisasi data.

  1. ^ G. S. Rao, A. K. Rao, Ng Chee Aun & Cheng Yok San (1991). "grafik". Kamus Komputer Sekolah Menengah. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. m/s. 19-20. ISBN 967-65-1306-7.CS1 maint: uses authors parameter (link)

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy