Gua Musang

Gua Musang
ݢوا موسڠ, غارستان
Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra di Gua Musang.
Bendera Gua Musang
Negara Malaysia
Negeri Kelantan
Status Majlis PerbandaranJanuari 2022 (Ditangguhkan)
Pentadbiran
 • Yang di-PertuaTuan Zainal Abidin Bin Tuan Yusuf [1]
 • Ahli Parlimen Gua MusangTengku Razaleigh Bin Tengku Mohd Hamzah
Keluasan
 • Jumlah8,214.30 km2 (3,171.56 batu persegi)
Penduduk
 (2010)
 • Jumlah90,057 [2]
 • Kepadatan9.8/km2 (25/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
Kod kawasan09
Laman sesawangwww.ptjgm.kelantan.gov.my www.mdgm.gov.my
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "1 = thumb"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "2 = Masjid Tengku Muhammad Fa..."
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "latNS"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "longm"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "longd"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "longEW"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "lats"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "latm"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "latd"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "longs"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "coordinates_region"
Pemandangan di kawasan bandar Gua Musang.

Jajahan Gua Musang (Jawi: ݢوا موسڠ, Parsi: Gharistan, غارستان) terletak di selatan negeri Kelantan, Malaysia. Jajahan Gua Musang dikenali jajahan pedalaman Kelantan kerana kawasan ini amat terpencil. Jajahan Gua Musang merupakan jajahan yang terbesar di Kelantan kerana separuh daripada negeri Kelantan terdiri daripada jajahan Gua Musang [3]. Sebelum tahun 1976, kawasan ini diletakkan di bawah pusat pentadbiran Jajahan Ulu Kelantan yang merangkumi kawasan Kuala Krai dan Gua Musang. Pusat pentadbiran ketika ini terletak di Kuala Krai.

Jajahan Gua Musang hanya mempunyai satu sahaja kerusi parlimen iaitu Parlimen Gua Musang. Di peringkat negeri pula, jajahan ini merangkumi 3 DUN iaitu Dun Paloh, Dun Nenggiri (dahulu dikenali sebagai DUN Bertam) dan Dun Galas (merangkumi Bandar Gua Musang). Ahli Parlimennya kini ialah Bekas Menteri Kewangan Malaysia & Pengasas Petronas iaitu Tengku Razaleigh Hamzah.

Pejabat kecil Jajahan telah ditubuhkan di Gua Musang pada tahun 1950 diketuai oleh seorang Penolong Ketua Jajahan dan beberapa kakitangan. Penubuhan pejabat kecil ini bertujuan untuk menyelesaikan masalah penduduk. Pada tahun 1953, Pejabat Kecil Jajahan ini telah ditutup.

Gua Musang telah diberi taraf Mukim (Sub-District) pada tahun 1976. Pada 1 September 1977, Jajahan Kecil Gua Musang telah dinaikkan taraf kepada daerah (Jajahan Penuh). Ia merupakan daerah yang kesembilan dalam Negeri Kelantan.

Jajahan pentadbiran negeri Kelantan yang lain terdiri daripada Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah dan Jeli.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy