Gunung Korbu

Gunung Korbu
ڬونوڠ كوربو
Titik tertinggi
Ketinggian2,183 m (7,162 ka)
Geografi
Gunung Korbu is located in Bumi
Gunung Korbu
Gunung Korbu (Bumi)
LokasiDaerah Kinta, Perak
Induk banjaranBanjaran Titiwangsa

Gunung Korbu ialah sebuah gunung yang terletak di Ulu Kinta, Perak Darul Ridzuan, Malaysia. Berketinggian setinggi 2,183 meter,[1] ia adalah kemuncak tertinggi di Perak dan keseluruhan Banjaran Titiwangsa, serta kedua tertinggi di Semenanjung Malaysia selepas Gunung Tahan, Pahang.

Berdekatan Gunung Korbu adalah Gunung Yong Belar (2,181 m), terletak 8 km ke selatan. Gunung-gunung Tahan, Korbu dan Yong Belar juga termasuk dalam senarai tujuh gunung tertinggi di semenanjung yang berketinggian lebih daripada 2,134 m (7,000 kaki) dari aras laut, dikenali dalam kalangan komuniti pendaki sebagai G7. Kesemua gunung G7 terletak sepanjang jajaran Banjaran Titiwangsa, kecuali Gunung Tahan.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy