Guru

Seorang guru di Vietnam.

Guru (Jawi: ݢورو daripada bahasa Sanskrit गुरू "orang yang patut dimuliakan";[1] bahasa basahan: cikgu چيقݢو‎ gabungan kata "cik guru"[2]), pengajar, pendidik dan mudaris merupakan tenaga pengajar dalam institusi pendidikan seperti sekolah atau tuisyen (kelas bimbingan). Perkataan guru cenderung digunakan bagi merujuk suatu jawatan pendidik yang memberi ilmu, sementara kata cikgu mempunyai maksud yang sama dengan guru namun ianya lebih cenderung digunakan untuk panggilan seseorang yang menyandang jawatan guru. Dalam zaman moden ini, guru juga merupakan istilah yang digunakan untuk seorang yang pakar dalam sesuatu bidang misalnya pengurusan guru merujuk kepada seorang yang pakar dan handal dalam bidang pengurusan. Di peringkat universiti, guru diberi gelaran tutor atau pensyarah. Lazimnya guru perlu mahir dalam sesuatu mata pelajaran serta diperkukuh pula dengan pengetahuan dalam bidang pedagogi atau sains prinsip pengajaran.

  1. ^ Monier-Williams, Monier (1981). A Sanskrit-English Dictionary. Delhi, Varanasi, Patna: Motilal Banarsidass. m/s. 359. - melalui Edi Sedyawati dkk. (1994). Kosakata Bahasa Sanskerta dalam Bahasa Melayu Masa Kini. Jakarta, Indonesia: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. m/s. 76.
  2. ^ Mohd. Said bin Haji Sulaiman (1936). "gu". Buku Katan (ed. dirumikan, 2002). Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor (asal), Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. m/s. 580. ISBN 9789836252272.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy