Halimah Yacob


Halimah Yacob
حاليمه بنت يعقوب
Presiden Singapura ke-8
Dalam jawatan
14 September 2017 – 13 September 2023
Perdana MenteriLee Hsien Loong
Didahului olehTony Tan Keng Yam
Digantikan olehTharman Shanmugaratnam
Speaker Parlimen Singapura ke-9
Dalam jawatan
14 Januari 2013 – 7 Ogos 2017
PresidenTony Tan Keng Yam
Perdana MenteriLee Hsien Loong
Didahului olehMichael Palmer
Digantikan olehTan Chuan-jin
Anggota Parlimen Singapura
untuk GRC Marsiling-Yew Tee
Dalam jawatan
11 September 2015 – 7 Ogos 2017
Didahului olehPerlembagaan diwujudkan
Digantikan olehKosong (sebagai AP)
Zaqy Mohamad (sebagai penasihat akar umbi)
Anggota Parlimen Singapura
untuk GRC Jurong
Dalam jawatan
3 November 2001 – 11 September 2015
Didahului olehPerlembagaan diwujudkan
Digantikan olehRahayu Mahzam
Butiran peribadi
Lahir (1954-08-23) 23 Ogos 1954 (umur 69)
Singapura
KerakyatanSingapura
Parti politikParti Tindakan Rakyat
PasanganMohammed Abdullah Alhabshee (k. 1980)
KediamanIstana Singapura
Alma materUniversiti Kebangsaan Singapura

Puan Yang Terutama Presiden Dr. Hajah Halimah binti Yacob (Jawi: حاليمه بنت يعقوب; lahir 23 Ogos 1954) merupakan seorang ahli politik Singapura yang menyandang jawatan sebagai Presiden Singapura kelapan dari 2017 hingga 2023.[1] Beliau juga merupakan bekas anggota parlimen bagi GRC Jurong, Singapura. Beliau mengambil alih jawatan sebagai Speaker pada 14 Januari 2013.[2] Beliau ialah wanita pertama yang memegang jawatan ini dalam sejarah Republik Singapura. Beliau ialah Speaker ketiga berturut-turut yang dimiliki oleh kaum minoriti, selepas Abdullah Tarmugi dan Michael Palmer. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Menteri Negara di Kementerian Pembangunan Masyarakat, Belia dan Sukan dari 2011 hingga 2013. Beliau telah menjadi Anggota Parlimen (AP) yang mewakili GRC Jurong dari 2001 hingga 2015.[3]

Pada 13 September 2017, Halimah diisytiharkan sebagai Presiden terpilih dalam pilihanraya, kerana tiada harapan presiden yang lain mengeluarkan Sijil Kelayakan.[4][5] Beliau mengangkat sumpah sebagai Presiden pada 14 September 2017,[6] menjadi presiden wanita pertama dalam sejarah negara.[7]

  1. ^ "Mdm Halimah Yacob", Singapore Parliament, dicapai pada 21 May 2011
  2. ^ "Halimah Yacob Became First Woman Speaker of the Singapore Parliament". Jagran Josh. 16 January 2013. Dicapai pada 16 January 2013.
  3. ^ "PM Lee accepts Halimah Yacob's resignation from the PAP". Channel NewsAsia. 7 August 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 August 2017. Dicapai pada 7 August 2017.
  4. ^ U-Wen, Lee. "Halimah Yacob declared president-elect after walkover victory". Channel NewsAsia. Dicapai pada 13 September 2017.
  5. ^ "Who is Halimah Yacob, Singapore's first female President?". Channel NewsAsia (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-25. Dicapai pada 2017-09-13.
  6. ^ Chia, Lianne (14 September 2017). "Halimah Yacob sworn in as Singapore's 8th President". Channel NewsAsia. Dicapai pada 14 September 2017.
  7. ^ "Halimah Yacob named Singapore's first female president". Al Jazeera. September 13, 2017. Dicapai pada 2017-09-14.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy