Halogen

Halogen wujud sebagai molekul dwiatom dalam fasa gas, cecair dan pepejal. Dari atas:
1. fluorin, F2
2. klorin, Cl2
3. bromin, Br2
4. iodin, I2

Halogen merupakan satu siri kimia, dan merupakan unsur-unsur Kumpulan 17 (dulu Kumpulan VII) jadual berkala, yakni:

Fluorin (F), Klorin (Cl), Bromin (Br), Iodin (I), Astatin (At) dan Tennessin (Ts) (halogen mungkin)

Semua halogen wujud sebagai molekul-molekul dwiatom. Halogen lebih elektronegatif kerana mempunyai 7 elektron valens - dua dalam subpetala s dan lima dalam subpetala p. Oleh kerana satu sahaja lagi elektron diperlukan untuk mencapai susunan oktet, maka halogen cenderung untuk menerima elektron dari unsur lain untuk memenuhkan petala elektron luarnya. Ini akan menghasilkan ion bercas negatif satu, dan dipanggil ion halida; garam yang mengandungi ion ini dipanggil halida. Namun, klorin mampu menunjukkan nombor pengoksidaan dari -1 sehingga +7. Halogen boleh membentuk ikatan kovalen mahupun ionik untuk mencapai susunan oktet.

Ion halida juga boleh bertindak balas dengan atom hidrogen/air untuk menghasilkan asid. Contoh tindak balas ialah klorin bertindak balas dengan air menghasilkan asid hidroklorik dan asid hipoklorus (agen peluntur).


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy