Hantu

Hantu (Jawi: هنتو) pada dasarnya terbahagi kepada dua jenis, iaitu:-

  1. Merupakan sejenis kewujudan tanpa fizikal seseorang yang mati. Ia seringkali dianggap sebagai roh atau semangat seseorang yang kekal di bumi selepas mati. Menurut sesetengah sumber[[:]], hantu merupakan personaliti seseorang selepas kematian mereka, dan tidak terikat secara langsung kepada semangat atau roh. Setiap kebudayaan di dunia mempunyai cerita hantu tersendiri, tetapi ia berlainan menurut masa dan tempat, dengan percanggahan mengenai apakah hantu dan sama ada ia ialah khayalan atau sebahagian alam semula jadi.
  2. Merupakan sejenis makhluk alam ghaib yang wujud dalam alam yang berlainan dengan alam fizikal manusia. Menurut Islam, roh orang yang mati tidak lagi tinggal di bumi, lalu hantu dalam kefahaman ini dikatakan jin dan syaitan yang mengganggu dan menakut-nakutkan manusia.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy