Hari Kebangsaan Malaysia

Hari Kebangsaan Malaysia
Seorang lelaki dilambung ke udara oleh orang ramai semasa sambutan Hari Kemerdekaan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, 2008
Nama rasmiHari Merdeka
Juga dikenali sebagai
Merdeka, Hari Kebangsaan, Hari Kemerdekaan
Diraikan oleh/di
Malaysia
JenisKebangsaan
KepentinganMenandakan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu
Tarikh31 Ogos
Kekerapantahunan
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Rahman dibawa menyaksikan perbarisan ketika Hari Kebangsaan Tanah Melayu 1958

Hari Kemerdekaan Malaysia, juga dikenali sebagai Hari Kebangsaan atau Hari Merdeka, disambut di seluruh Malaysia pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1782 sehingga tahun 1957. Hari kebangsaan merupakan peristiwa utama dan disambut secara besar-besaran dengan mengadakan perarakan warna warni, nyanyian, pertunjukan pentas, pertandingan dan pelbagai lagi pertunjukan yang diadakan di tempat-tempat yang ditetapkan setiap tahun.

Kemeriahan Hari Kebangsaan dapat dirasakan bermula menjelangnya pukul 12.00 malam di mana bunga api yang berwarna-warni bergemerlapan di udara. Begitu juga acara perbarisan yang diwakili oleh pelbagai agensi turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana hari tersebut. Hari kebangsaan disambut paling meriah di Kuala Lumpur terutama di Dataran Merdeka.

Sambutan hari kebangsaan secara besar-besaran juga dibuat di Putrajaya. Bangunan- bangunan perniagaan, rumah kediaman dan kereta-kereta akan memasang dan mengibarkan bendera Malaysia, Jalur Gemilang, dan ini menyemarakkan lagi suasana perayaan. Hari kebangsaan merupakan hari cuti umum di Malaysia.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy