Hari Lelaki Antarabangsa

Hari Lelaki Antarabangsa
Diraikan oleh/di
Organisasi di Trinidad and Tobago, Jamaica, Australia, Argentina, India, China, United States, Romania, Singapore, Malta, United Kingdom, South Africa, Tanzania, Zimbabwe, Botswana, Seychelles, Hungary, Ireland, Isle of Man, Ghana, Canada, Denmark, Norway, Austria, Bosnia and Herzegovina, Ukraine, France, Italy, Pakistan, Grenada, Antigua and Barbuda, St. Lucia, St. Kitts and Nevis dan Cayman Islands.
JenisHari kesedaran awam
Men and boys day
Hari Anti-sexism
Kepentinganlelaki
Tarikh19 November
Berkaitan dengan
Hari Bapa, Hari Kanak-kanak Universal, Hari Wanita Antarabangsa

Hari Lelaki Antarabangsa (HLA) (Jawi: هاري للاکي انتارابڠسا) atau Hari Lelaki Sedunia (HLS) (Jawi: هاري للاکي سدنيا) adalah acara tahunan antarabangsa yang disambut pada 19 November. Dirasmikan pada tahun 1999 di Trinidad and Tobago, hari tersebut dan acaranya telah mendapat sokongan daripada pelbagai individu dan kumpulan di Australia, Caribbean, Amerika Utara, Asia, Eropah dan Afrika.[1][2]

Berucap bagi pihak UNESCO, Pengarah Women and Culture of Peace Ingeborg Breines berkata tentang HLA, "Ini adalah idea yang hebat dan akan memberi keseimbangan gender." Beliau menambah bahawa UNESCO melihat untuk bekerjsama dengan penganjur.[1][2]

Objektif meraikan Hari Lelaki Sedunia termasuk memberi tumpuan kepada kesihatan orang lelaki, meningkatkan hubungan jantina, menggalakkan kesaksamaan jantina, dan menonjolkan suri teladan lelaki yang baik.[2][3][4][5] Ia adalah satu kesempatan untuk menonjolkan diskriminasi terhadap lelaki dan lelaki dan untuk meraikan pencapaian dan sumbangan mereka, khususnya untuk sumbangan mereka kepada masyarakat, keluarga, perkahwinan dan penjagaan kanak-kanak.[3][6][7] Matlamat yang lebih luas dan muktamad acara ini adalah untuk mempromosikan nilai-nilai asas kemanusiaan.[8][9]

Hari Lelaki Sedunia disambut di lebih 60 negara,[10] termasuk Trinidad dan Tobago, Jamaica, Australia, India, China, Amerika Syarikat, Romania, Singapura, Malta, United Kingdom, Afrika Selatan, Tanzania, Zimbabwe, Botswana, Seychelles, Hungary, Ireland, Isle of Man, Ghana, Kanada, Denmark, Norway, Austria, Bosnia dan Herzegovina, Ukraine, Perancis, Itali, Pakistan, Antigua dan Barbuda, St. Kitts dan Nevis, St. Lucia, Grenada dan Kepulauan Cayman, pada 19 November, dan sokongan global untuk perayaan adalah meluas.[11]

  1. ^ a b 'UNESCO comes out in Support of International Men's Day', Article Trinidad Guardian 20 Nov 2001
  2. ^ a b c "International Men's Day Global Website Archive 1999–2000". International-mens-day.com. Dicapai pada 20 November 2011.
  3. ^ a b International Men’s Day – Do we care? (2004) Press Release from Men's Health & Wellbeing Association (MHWA) ACT
  4. ^ Join in Celebrating International Men's Day, by Harrack Balramsingh- Letter to the Editor Cayman Net News 13 Nov 2001
  5. ^ International Men's Day Global Website: Trinidad and Tobago (records Dr. Teelucksingh's IMD Objectives)
  6. ^ "International Men's Day on Nov 19 to highlight plight of men, (2007)". Outlook India. Dicapai pada 20 November 2011.
  7. ^ International Men's Day Global Website Archive 2003–2006 also [1]
  8. ^ Teelucksingh, J. 'Achieving Peace, Equality and a Healthy Environment' Pub. Author House, 2011.
  9. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Thompson
  10. ^ http://www.international-mens-day.com/ International Men's Day Global Website
  11. ^ "International Men's Day Global Website Archive". International-mens-day.com. Dicapai pada 20 November 2011.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy