Hari Paskah Besar

Paskah
Observed byMajoriti Umat Kristian
TypeKristian
SignificanceMerayakan kebangkitan Yesus
CelebrationsKebaktian gereja, perjamuan keluarga, lilin paskah, berburu telur Paskah untuk anak-anak dan memberi hadiah untuk orang dewasa (khususnya di AS dan Kanada)
ObservancesDoa, doa puasa, doa semalam suntuk (khususnya tradisi Timur), Kebaktian subuh (khususnya tradisi Protestan AS)
DateDitentukan oleh Computus
2023 dateTemplat:Pascha (Timur)
Templat:Computus (Barat)
2024 dateTemplat:Pascha (Timur)
Templat:Computus (Barat)
2025 dateTemplat:Pascha (Timur)
Templat:Computus (Barat)
Related toPaskah Yahudi, Pra-Paskah:Rabu Abu, Ahad Palma; Minggu Suci: Khamis Putih, Jumaat Agung, Sabtu Suci; Kenaikan Tuhan Yesus, Pentakosta, Minggu Trinitas, dan Corpus Christi yang mengikutinya.

Hari Paskah, Hari Raya Paskah atau Paskah Besar (Latin: Páscha, Yunani: Πάσχα, rumi: Paskha; Aramia Diraja: פַּסחא, rumi: Pasḥa; dari Ibrani: פֶּסַח, rumi: Pesaḥ;[1] bahasa Inggeris: Easter) merupakan perayaan penganut agama Kristian yang memperingati peristiwa penghidupan semula atau pembangkitan Yesus Kristus yang berlaku pada hari Ahad. Ia lazimnya disambut di antara akhir bulan Mac dan akhir bulan April setiap tahun (awal April hingga awal Mei bagi penganut Kristian Timur mengikut takwim Gregorius), menurut kitaran bulan.

Sebelum perayaan Paskah, Minggu Suci ("Holy Week") disambut oleh mereka dan Jumaat sebelum Paskah dikenali sebagai Jumaat Agung iaitu hari Yesus telah disalib. Pada Ahad Palma ("Palm Sunday") yang menandakan permulaan Minggu Suci, setiap penganut akan diberikan daun palma yang telah diurap oleh para paderi.

Paskah juga merujuk pada tempoh masa dalam kalender gereja yang disebut sebagai musim Paskah, iaitu masa yang dirayakan selama empat puluh hari bermula dari Minggu Paskah (kemuncak dari Minggu Suci) sehingga hari Kenaikan Yesus namun begitu pada masa kini, tempoh masa tersebut dipanjangkan sehingga lima puluh hari, iaitu sehingga hari Pentakosta ("hari kelima puluh" – hari ke-50 setelah Paskah, peristiwa turunnya Roh Kudus). Minggu pertama dalam tempoh Paskah dinamakan Oktaf Paskah oleh Gereja Katolik Rom. Hari Paskah turut menandakan pengakhiran bagi perayaan Pra-Paskah yang telah dimulai sejak empat puluh hari sebelum Khamis Putih, yakni waktu untuk berdoa, penyesalan, dan persiapan berkabung.

Perayaan Paskah terkenal dengan pemberian telur berwarna-warni yang berisikan coklat, di mana tradisi ini sebenarnya bukan tradisi Kristian tetapi merupakan tradisi kuno Yunani yang merayakan datangnya musim bunga dengan meriah mengiringi kegembiraan meninggalkan musim dingin yang suram dan beku kerana telur itu melambangkan kesuburan.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy