Henry H. Arnold

Jeneral Angkatan Udara
Henry H. Arnold
Jeneral Angkatan Udara Henry H. Arnold
Nama lahirHenry Harley Arnold
Nama samaranHap
Kelahiran(1886-06-25)25 Jun 1886
Gladwyne, Pennsylvania
Meninggal dunia15 Januari 1950(1950-01-15) (umur 63)
Sonoma, California
Tempat bersemadiTanah Perkuburan Kebangsaan Arlington
Kesetiaan Amerika Syarikat
Perkhidmatan Infantri, Tentera Darat A.S.
Bahagian Aeronautik, Kor Semboyan
Seksyen Penerbangan, Kor Semboyan
Perkhidmatan Udara, Tentera Darat Amerika Syarikat
Kor Udara Tentera Darat Amerika Syarikat
Angkatan Udara Tentera Darat Amerika Syarikat
Bendera Tentera Darat Amerika Syarikat Tentera Darat Amerika Syarikat
Pangkat Jeneral Angkatan Darat Jeneral Angkatan Udara
Jumlah perkhidmatanO-2255
Arahan Angkatan Udara Tentera Darat A.S.
Tentera Udara KeduaPuluh
Wing 1, MK Tentera Udara
PertempuranPerang Dunia I
Perang Dunia II
AnugerahArmy Distinguished Service Medal
Legion of Merit
Distinguished Flying Cross
Air Medal

Henry Harley "Hap" Arnold (25 Jun 1886 – 15 Januari 1950) adalah seorang pegawai kanan yang menyandang 2 gred Jeneral tertinggi iaitu Jeneral Angkatan Darat dan kemudian Jeneral Angkatan Udara. Arnold merupakan seorang perintis pasukan penerbangan, menjadi Ketua Kor Udara (1938–1941), kemudian Panglima Angkatan Udara Tentera Darat Amerika Syarikat ketika Perang Dunia II, satu-satunya jeneral Tentera Udara yang memegang pangkat lima bintang, dan satu-satunya orang yang menyandang pangkat lima bintang dalam dua cabang tentera A.S. yang berlainan. Arnold juga merupakan pengasas Projek RAND, yang berubah menjadi salah sebuah kumpulan pemikir polisi global bukan keuntungan terbesar dunia, iaitu Perbadanan RAND, dan salah seorang pengasas Pan American World Airways.

Dilatih memandu kapal terbang oleh Wright bersaudara, Arnold merupakan salah seorang juruterbang tentera pertama dunia, dan salah seorang dari tiga juruterbang mahir yang terawal dalam sejarah Tentera Udara Amerika Syarikat. Beliau mengatasi perasaan takut terbang yang berpunca dari pengalaman awalnya memandu kapal terbang, menyelia pembesaran Perkhidmatan Udara sewaktu Perang Dunia I, dan menjadi protégé Jen. Billy Mitchell.

Arnold naik memerintah Army Air Forces sebelum kemasukkan A.S. kedalam Perang Dunia II dan mengarah perkembangan beratus kali ganda daripada sebuah organisasi yang hanya berjumlah 20,000 orang dan 800 pesawat tempur barisan pertama kepada tentera udara yang terbesar dan paling berkuasa di dunia. Seorang penganjur teknologi penyelidikan dan pembangunan, tempoh perkhidmatan beliau menyaksikan pembangunan pengebom antara benua, jet pejuang, penggunaan meluas radar, angkut udara global dan peperangan atom sebagai kuasa utama udara moden.

Nama timangan Arnold yang paling banyak digunakan, "Hap," adalah singkatan bagi "Happy," dikaitkan dengan rakan sekerja beliau ketika bekerja secara sambilan sebagai juruterbang lagak ngeri untuk filem senyap atau dengan isterinya, yang mula menggunakan nama timangan dalam surat-menyurat beliau pada tahun 1931 berikutan kematian ibu Arnold. Beliau telah dipanggil Harley oleh keluarganya semasa remaja, dan "Sunny" oleh ibu dan isterinya. Arnold dikenali oleh rakan sekelas West Point sebagai "Pewt" atau "Benny". Bagi orang bawahan yang rapat dan kakitangan ibu pejabat, beliau dipanggil sebagai "The Chief."


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy