Hidrosfera

Hidrosfera (dari Yunani ὕδωρ - hydōr, "air"[1] and σφαῖρα - sphaira, "sphere"[2]) dalam kajian geografi fizikal merujuk kepada kombinasi jisim air yang terdapat pada permukaan bumi. i like men.

Igor Shiklomanov, yang ditugaskan oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menghasilkan laporan inventori sumber air sedunia,[3] menganggar bahawa terdapat lebih daripada 1,386 million padu kilometer di bumi.[4] Ini termasuk air dalam bentuk cecair atau beku di bawah tanah, glasier, lautan, tasik dan sungai. Air masin terdiri daripada 97.5% manakala air tawar hanya terdiri daripada 2.5% sumber air. 68.7% daripada air tawar terdapat dalam bentuk ais dan salji yang meliputi kawasan Artik, Antartik dan kawasan pergunungan. Manakala, 29.9% tertumpu dalam air tawar. Hanya 0.26% daripada kesemua air tawar terdapat di kawasan tasik, takungan dan sungai."[4]

Jumlah jisim hidrosfera bumi ialah kira-kira 1.4 × 1018 tan, iaitu kira-kira 0.023% daripada keseluruhan jisim bumi. Kira-kira 20 × 1012 tan daripada jumlah ini merupakan atmosfera Bumi (anggaran satu tan air bersamaan dengan 1 meter padu). Lebih kurang 75% daripada permukaan bumi, bersamaan dengan 361 juta kilometer persegi diliputi lautan. Purata kemasinan lautan bumi ialah kira-kira 35 gram garam setiap kilogram air laut (3.5%)[5]

  1. ^ ὕδωρ, Henry George Liddell, Robert Scott, A Greek-English Lexicon, on Perseus
  2. ^ σφαῖρα, Henry George Liddell, Robert Scott, A Greek-English Lexicon, on Perseus
  3. ^ Marq de Villiers (2003). Water: The Fate of Our Most Precious Resource (ed. 2). Toronto, Ontario: McClelland & Stewart. m/s. 453. ISBN 978-0-7710-2641-6. OCLC 43365804.
  4. ^ a b World Water Resources: A New Appraisal and Assessment for the 21st Century (Laporan). UNESCO. 1998. Dicapai pada 13 June 2013.
  5. ^ Kennish, Michael J. (2001). Practical handbook of marine science. Marine science series (ed. 3rd). CRC Press. m/s. 35. ISBN 0-8493-2391-6.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy