Hikayat Hang Tuah

Hikayat Hang Tuah, suatu epik kepahlawanan yang merentasi sepanjang zaman kewujupan kerajaan Empayar Melaka.
Arca gangsa dengan pepatah, "Takkan Melayu Hilang di Dunia" tertulis di atas. Dipamerkan di Muzium Negara, Kuala Lumpur, Malaysia.

Hikayat Hang Tuah (Jawi: حكاية هڠ تواه) ialah sebuah epik kepahlawanan yang merentasi sepanjang zaman naik turun kerajaan Empayar Melaka. Hang Tuah merupakan seorang laksamana yang terutama serta pahlawan Melayu yang taat kepada rajanya terutama semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah di Melaka pada abad ke-15. Hikayat ini dipercayai mula ditulis sekitar 1700 (manuskrip Leiden Cod.Or.1762.) tetapi manuskrip lengkap bertarikh 1849.[1]


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy