Hikayat Merong Mahawangsa

Kulit buku Hikayat Merong Mahawangsa dalam tulisan rumi
Kandungan Hikayat Merong Mahawangsa dalam tulisan jawi

Hikayat Merong Mahawangsa (حکاية مروڠ مهاوڠسا)​ atau Sejarah Kedah (سجاره قدح) ialah hikayat yang menceritakan susur galur Merong Mahawangsa dan pengasas Kedah, sebuah negeri di Malaysia. Sungguhpun terdapat beberapa fakta sejarah, ia turut mengandungi dakwaan yang mengkagumkan. Era yang dirangkumi oleh teks ini bermula dari pembukaan negeri Kedah oleh Merong Mahawangsa, yang didakwa sebagai keturunan Iskandar Agung dari Makedonia sehingga ketibaan Islam pada abad ke-12 M.

Merong Mahawangsa merupakan penganut [agama Hindu] dan terdapat sembilan pemerintah sebelum Phra Ong Mahawangsa menerima Islam pada 1136 dan mengambil nama Sultan Mudzafar Shah. Hikayat ini turut menggambarkan serangan Chola ke atas Kedah.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by razib.in