Hikayat Perang Setambul

Hikayat Perang Setambul adalah suatu sajak berbentuk hikayat bahasa Melayu dinukilkan pada abad ke-19 menceritakan peperangan yang meletus di Krimea antara kerajaan-kerajaan Uthmaniyah (pimpinan Sultan Abdul Majid I) dengan Empayar Rusia (pimpinan Raja Nikolai I) yang dikisahkan membuak dari perbalahan antara kaum Islam dan Kristian.[1][2]:168-169 Hikayat ini dilihat sebagai antara penunjukkan kedudukan kerajaan Uthmaniyah yang dimuliakan dalam kalangan masyarakat alam Melayu dahulu sebagai kerajaan penghulu umat Islam (selepas runtuhnya Kerajaan Abbasiyah) dan penjaga kota-kota suci Mekah dan Madinah.[3]:6-7

Terdapat tiga versi hikayat ini yang diterbitkan secara cetak batu di Singapura oleh Muhammad Said Haji Muhammad Arsyad iaitu pada tahun 1879, 1902 dan 1903.

  1. ^ Ermy Azziaty Rozali (Disember 2016). "Manuskrip 'Hikayat Perang Setambul' dan 'Hikayat Peperangan Al-Maulana Sultan Istanbul Yang Bernama Abdul Hamid Khan': sejarah peperangan daulah Turki Uthmaniyah dan Rusia". Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies. Universiti Kebangsaan Malaysia. 43 (2): 23–50. ISSN 2180-0251.
  2. ^ 5: Two Hundred Years after the First Embassy: Ottoman Turkey, Its Worthless Western Allies and Russian Enemies – the Worst of the Kāfirs. m/s. 155–194. Dalam Braginsky (2015).
  3. ^ Introduction. m/s. 1–8. Dalam Braginsky (2015).

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy