Hillary Clinton

Hillary Clinton
Hillary Clinton pada 2009
Setiausaha Negara Amerika Syarikat ke-67
Dalam jawatan
21 Januari 2009 – 1 Februari 2013
PresidenBarack Obama
TimbalanJames Steinberg
William Joseph Burns
Didahului olehCondoleezza Rice
Digantikan olehJohn Kerry
Senator Amerika Syarikat
dari New York
Dalam jawatan
3 Januari 2001 – 21 Januari 2009
PresidenBill Clinton
George W. Bush
Didahului olehDaniel Patrick Moynihan
Digantikan olehKirsten Gillibrand
Wanita Pertama Amerika Syarikat
Dalam jawatan
20 Januari 1993 – 20 Januari 2001
PresidenBill Clinton
Didahului olehBarbara Bush
Digantikan olehLaura Bush
Wanita Pertama Arkansas
Dalam jawatan
9 Januari 1979 – 19 Januari 1981 (kali pertama)
GabenorBill Clinton
Didahului olehBarbara Pryor
Digantikan olehGay Daniels White
Dalam jawatan
11 Januari 1983 – 12 Disember 1992 (kali kedua)
GabenorBill Clinton
Didahului olehGay Daniels White
Digantikan olehBetty Tucker
Butiran peribadi
Lahir (1947-10-26) 26 Oktober 1947 (umur 76)
Chicago, Illinois, A.S.
Parti politikParti Demokrat
PasanganBill Clinton (k. 1975)
Anak-anakChelsea Clinton
Alma materWellesley College
Yale University
PekerjaanAhli politik
Tandatangan
Laman web rasmiTapak web rasmi

Hillary Diane Rodham Clinton (lahir 26 Oktober, 1947) merupakan seorang ahli politik Amerika Syarikat. Beliau merupakan Wanita Pertama Amerika Syarikat dari tahun 1993 sehingga 2001, Senator Amerika Syarikat dari New York dari tahun 2001 sehingga 2009, Setiausaha Negara Amerika Syarikat ke-67 dari tahun 2009 sehingga 2013 serta calon Demokrat dalam Pilihan raya Presiden Amerika Syarikat 2016, namun kalah kepada calon Republikan, Donald Trump.

Dilahirkan di Chicago, Illinois dan dibesarkan di kawasan pinggir bandar Park Ridge di Chicago, Clinton menamatkan pelajaran di Kolej Wellesley pada tahun 1969 dan mendapat ijazah J.D. (Doktor Juris) dari Sekolah Undang-undang Yale pada tahun 1973. Selepas berkhidmat sebagai peguam perundangan Kongres, beliau berpindah ke Arkansas dan mengahwini Bill Clinton pada tahun 1975. Pada tahun 1977, beliau mengasaskan Peguam Bela Arkansas untuk Kanak-kanak dan Keluarga. Beliau dilantik sebagai ketua wanita pertama Perbadanan Perkhidmatan Perundangan pada tahun 1978 dan menjadi rakan kongsi wanita pertama di Firma Undang-undang Rose pada tahun berikutnya. Semasa tempoh beliau sebagai Wanita Pertama Arkansas, beliau mengetuai sebuah pasukan petugas di mana cadangan-cadangan pasukan tersebut membantu perlaksanaan pembaharuan sekolah-sekolah awam di Arkansas.

Sewaktu tempoh beliau sebagai Wanita Pertama Amerika Syarikat, Clinton adalah seorang peguambela kesetaraan jantina serta reformasi sistem penjagaan kesihatan. Perhubungan pengahwinanya mendapat perhatian awam semasa waktu skandal Lewinsky, dan memaksa beliau mengeluarkan kenyataan untuk mengesahkan komitmennya terhadap perkahwinan beliau bersama suaminya Bill Clinton. Pada tahun 2000, Clinton dipilih sebagai Senator wanita pertama dari New York. Beliau dipilih semula ke Senat pada tahun 2006. Bertanding untuk presiden pada tahun 2008, beliau memenangi lebih banyak undi ahli perwakilan berbanding calon-calon wanita sebelum ini, namun beliau tetap kalah kepada Barack Obama dalam penamaan Parti Demokrat.

Sewaktu tempoh beliau sebagai Setiausaha Negara Amerika Syarikat di bawah pentadbiran Obama dari tahun 2009 hingga 2013, Clinton melakkukan tindak balas terhadap Kebangkitan Arab, di mana beliau menyokong campur tangan tentera A.S. di Libya. Beliau membantu menganjurkan pengasingan diplomatik serta rejim sekatan antarabangsa terhadap Iran, dalam usaha memaksa pengurangan tahap program nuklear negara itu; ini lalu membawa kepada perjanjian multinasional Pelan Tindakan Komprehensif Bersama pada tahun 2015. Setelah meninggalkan jawatan selepas terma pertama Obama, beliau menulis buku kelimanya dan mengadakan perjumpaan-perjumpaan bercakap.

Clinton melakkukan kempen pertandingan presiden keduanya pada tahun 2016. Beliau menerima undian umum serta undi perwakilan utama terbanyak pada Pemilihan Awal Parti Demokrat 2016 dan menerima penamaan daripada partinya sebagai Presiden Amerika Syarikat secara rasmi pada 28 Julai 2016 dengan regu beliau senator Tim Kaine sebagai calon naib presidennya. Beliau menjadi calon wanita pertama oleh parti politik utama A.S. yang dinamakan untuk menjadi presiden. Walaupun memenangi undi popular kebangsaan, Clinton kehilangan undi Elektoral serta jawatan presiden terhadap lawannya daripada Parti Republikan, Donald Trump. Berikutan kekalahannya, beliau menyatakan pada tahun 2017 bahawa beliau memutuskan untuk memberi tumpuan kepada dirinya untuk menjadi "aktivis warganegara (activist citizen)" mengikut gambaran beliau sendiri.[1]

Suaminya ialah Bill Clinton, Presiden Amerika Syarikat ke-42 dari 1993 ke 2001. Sejak Januari 2020, beliau menjadi Canselor Queen's University Belfast di Belfast, Ireland Utara.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy