Ibnu Rusyd

Abul Waleed Muhammad Ibn Rushd

Ibnu Rusyd (Arab: ابن رُشد) atau nama lengkapnya Abu Walid Muhammad Ibnu Ahmad (Arab: أبو الوليد محمد ابن احمد ابن رشد, rumi: Abū l-Walīd Muḥammad Ibn ʾAḥmad Ibn Rušd, lahir 1126 dan meninggal dunia pada 1198) adalah ahli falsafah, perubatan, matematik, teologi, ahli fekah mazhab Maliki, astronomi, geografi dan sains.

Beliau dilahirkan di Sepanyol dan meninggal dunia di Maghribi. Beliau dianggap sebagai ahli falsafah yang paling agung pernah dilahirkan dalam sejarah Islam. Pengaruhnya bukan sahaja berkembang luas di dunia Islam, tetapi juga di kalangan masyarakat Eropah; dunia Barat lebih mengenalnya (di bawah nama sebagai Averroes melalui sebutan "Ibn Rusyd" dalam bahasa Latin Pertengahan) melalui ajaran asas yang dikembangkan para pemikir di alam tersebut kepada lahirnya fahaman sekularisme yang lazim dan wujud sehingga hari ini.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy