Infrastruktur

Infrastruktur atau prasarana ialah satu set struktur yang bergabung antara satu sama lain lalu membentuk satu rangka yang menyokong keseluruhan struktur tertentu. Misalnya, infrastruktur pengangkutan merangkumi landasan kereta api, jalan raya, lapangan terbang, pelabuhan dan elemen-elemen lain yang bersangkutan dengan pengangkutan. Kadang-kadang, definisi ini amat luas. Contohnya, infrastruktur kapital dalam ekonomi merangkumi perusahaan tekstil sehinggalah sistem terusan seluruh benua.

Infrastruktur merujuk kepada kemudahan asas dan sistem yang digunakan bagi sesebuah negara, bandar, atau kawasan, [1] termasuk perkhidmatan dan kemudahan yang diperlukan untuk ekonomi berfungsi. [2] Ia biasanya bercirikan struktur teknikal seperti jalan, jambatan, terowong, pembentung, grid elektrik, telekomunikasi, dan sebagainya, dan boleh ditakrifkan sebagai "komponen fizikal sistem saling berkaitan yang menyediakan komoditi dan perkhidmatan yang diperlukan untuk membolehkan, mengekalkan, atau meningkatkan kualiti hidup masyarakat."[3]

  1. ^ . Infrastructure | Define Infrastructure at Dictionary.com
  2. ^ O'Sullivan, Arthur; Sheffrin, Steven M. (2003). Economics: Principles in Action. Upper Saddle River, New Jersey 07458: Pearson Prentice Hall. m/s. 474. ISBN 0-13-063085-3.CS1 maint: location (link)
  3. ^ Fulmer, Jeffrey (2009). "What in the world is infrastructure?". PEI Infrastructure Investor (July/August): 30–32.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy