Inno e Marcia Pontificale

Inno e Marcia Pontificale (Mazmur dan Mac Pontifical) adalah lagu kebangsaan Kota Vatican. Lirik dalam bahasa Itali itu ditulis oleh Antonio Allegra (1905-1969) dan muzik digubah oleh Charles Gounod (1818-1893).

Lagu ini diterima secara rasmi oleh satu dekri dari Paus Pius XII, bagi merayakan 1950 Tahun Suci (atau Sambutan Ulang Tahun) kerajaan Vatican. Ia dipersembahkan untuk kali pertama pada 24 Disember 1949.

Gounod pada asalnya menulis Mac Pontifical ini bagi meraikan Jubli Emas kepaderian Paus Pius IX. Ia pertama kali dipersembahkan di Lapangan Saint Peter pada 11 April 1869 di hadapan Pius IX oleh tujuh kumpulan pancaragam tentera.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy