Instagram

Instagram
Pembuat asalKevin Systrom, Mike Krieger
PembangunFacebook, Inc.
Pelancaran pertama6 Oktober 2010 (2010-10-06)
Versi terkini/stabil
Senarai
iOS: 276.1 (29 Mac 2023)
Android: 276.1.0.26.103 (30 Mac 2023)
Sistem pengendalianiOS, Android, Fire OS
PelantarAndroidiOS
Saiz123.8 MB (iOS)[1]
40.76 MB (Android)[2]
Tersedia dalamBahasa Inggeris, Kroasia, Czech, Denmark, Belanda, Finland, Perancis, Jerman, Yunani, Hindi, Hungarian, Indonesia, Itali, Jepun, Korea, Melayu, Bokmål Norway, Poland, Portugis, Romania, Rusia, Cina Ringkas, Slovak, Sepanyol, Bahasa Sweden, Bahasa Tagalog, Thai, Cina Tradisional, Turki, Ukraine dan Vietnam.
JenisPerkhidmatan rangkaian sosialtapak webimage hosting servicePlatform video dalam taliankomuniti dalam talianvery large online platform
LesenPerisian hak milik dengan Terma penggunaan
Pautan berkaitan
Tapak webInstagram.com
Blog
Pautan lainFacebook: instagram Twitter: instagram Instagram: instagram LinkedIn: instagram Youtube: UCHQU99yKRd_BQVSci2MZ08w Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Instagram (kebiasaannya dipanggil IG[3]) merupakan sebuah perkhidmatan rangkaian sosial perkongsian gambar dan video secara dalam talian yang dimiliki oleh Facebook, Inc. Aplikasi ini dicipta oleh Kevin Systrom dan Mike Krieger, dan dilancarkan pada bulan Oktober 2010 di iOS. Versi untuk peranti Android dilancarkan pada bulan April 2012, diikuti oleh aplikasi sesawang pada bulan November 2012, aplikasi Fire OS pada 15 Jun 2014 dan aplikasi untuk tablet dan komputer Windows 10 pada bulan Oktober 2016. Instagram membolehkan pengguna memuat naik gambar yang boleh diubah menggunakan penapis gambar dan menyebarkannya ke dalam pelbagai bentuk perkhidmatan rangkaian sosial termasuklah laman yang mendahuluinya seperti Facebook atau Twitter.[4] Pengguna dapat melihat kandungan pengguna lain dengan hasil daripada teg dan maklumat lokasi, serta melihat kandungan yang menjadi gaya terkini. Pengguna juga boleh menyukai gambar dan mengikuti pengguna lain untuk menambah senarai ke dalam kandungannya.

Instagram pada mulanya hanya membenarkan kandungan dibingkai dalam nisbah bidang gambar segiempat sama (1:1) dengan 640 piksel agar sepadan dengan lebar paparan iPhone pada masa itu. Pada tahun 2015, terdapat kemas kini yang dilakukan dengan peningkatan menjadi 1080 piksel. Perkhidmatan ini juga menambahkan ciri pemesejan, kemampuan untuk menyertakan banyak gambar atau video dalam sekali hantar, serta "Cerita" - sama seperti Snapchat penentang utamanya - yang membolehkan pengguna menyiarkan gambar dan video ke kandungannya secara berurutan, dengan setiap gambar dihantar akan diakses oleh pengguna lain selama 24 jam setiap satu. Sehingga Januari 2019, ciri cerita ini digunakan oleh 500 juta pengguna pada setiap hari.[5]

Setelah dilancarkan pada tahun 2010, Instagram dengan cepatnya mendapat populariti, dengan satu juta pengguna berdaftar dalam masa dua bulan, 10 juta dalam setahun, dan 1 bilion pada Mei 2019. Pada bulan April 2012, Facebook memperoleh perkhidmatan dengan wang tunai kira-kira AS $ 1 bilion dan stok. Sehingga bulan Oktober 2015, lebih dari 40 biion gambar telah dimuat naik. Walaupun terkenal dengan populariti dalam penggunaan aplikasi, Instagram turut menjadi bahan kritikan, terutama kandungan haram yang tidak wajar dimuat naik oleh pengguna.

Sehingga Mei 2020, orang yang paling banyak diikuti adalah pemain bola sepak Cristiano Ronaldo dengan lebih dari 231 juta pengikut,[6] dan wanita yang paling banyak diikuti adalah penyanyi Ariana Grande dengan lebih dari 194 juta pengikut.[7] Sehingga 14 Januari 2019, gambar yang paling disukai di Instagram adalah gambar telur yang disiarkan oleh akaun @world_record_egg.[8] Akaun tersebut dibuat bagi tujuan sendiri untuk melepasi rekod sebelumnya iaitu sebanyak 18 juta butang suka pada gambar Kylie Jenner.[8] Kini, gambar sebiji telur tersebut mempunyai lebih daripada 54 juta butang suka di Instagram.[8][9] Instagram menjadi aplikasi mudah alih ke-4 yang paling banyak dimuat turun pada tahun 2010.[10]

  1. ^ "Instagram". App Store. Dicapai pada 2019-12-16.
  2. ^ "Instagram APKs". APKMirror. Dicapai pada 2019-10-29.
  3. ^ Edwards, Erica B.; Esposito, Jennifer (2019). "Reading social media intersectionally". Intersectional Analysis as a Method to Analyze Popular Culture: Clarity in the Matrix. Futures of Data Analysis in Qualitative Research. Abingdon: Routledge. ISBN 9780429557002. Dicapai pada 2020-05-07. Instagram (IG) is a photo sharing app created in October of 2010 allowing users to share photos and videos.
  4. ^ Frommer, Dan (November 1, 2010). "Here's How To Use Instagram". Business Insider. Dicapai pada 2020-05-11.
  5. ^ "Instagram Stories is Now Being Used by 500 Million People Daily". Social Media Today. Dicapai pada 2020-05-15.
  6. ^ Amri, Hassan (2020-01-30). "200 Juta! Cristiano Ronaldo Ada Pengikut Instagram Paling Ramai Di Dunia". www.gempak.com. Dicapai pada 2020-05-15.
  7. ^ Fachrina, Fauzia (2020-04-06). "7 Artis dengan Followers Terbanyak di Instagram, Bukan Kylie Jenner". www.intipseleb.com. Dicapai pada 2020-05-16.
  8. ^ a b c Kohilah, Sekaran (2019-01-14). "Gambar telur terima 'like' tertinggi di Instagram, tewaskan Kylie Jenner". www.astroawani.com. Dicapai pada 2020-05-16.
  9. ^ "An Egg, Just a Regular Egg, Is Instagram's Most-Liked Post Ever". New York Times. Dicapai pada 2020-05-15.
  10. ^ Miller, Chance (2019-12-17). "These were the most-downloaded apps and games of the decade". 9to5Mac. Dicapai pada 2020-05-15.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy