Isoroku Yamamoto

Marsyal Laksamana
Isoroku Yamamoto
Laksamana Isoroku Yamamoto pada Februari 1942
Nama asal山本 五十六
Kelahiran4 April 1884
Nagaoka, Niigata, Empayar Jepun
Meninggal dunia18 April 1943(1943-04-18) (umur 59)
berhampiran Panguna, Pulau Bougainville, Papua New Guinea 
KesetiaanJepun Empayar Jepun
PerkhidmatanBendera tentera laut Empayar Jepun Tentera Laut Imperial Jepun
Tahun perkhidmatan1901–1943
Pangkat Marsyal Laksamana (anumerta)
UnitArmada Gabungan
ArahanIsuzu, Akagi
Kementerian Tentera Laut, Markas Udara Tentera Laut, Armada 1, Armada Gabungan, Divisyen Kapal Tempur Pertama
Pertempuran
Anugerah

Isoroku Yamamoto (山本 五十六, Yamamoto Isoroku, 4 April 1884 – 18 April 1943) ialah seorang Laksamana Armada dalam Tentera Laut Imperial Jepun (IJN) dan merupakan Panglima Besar Armada Gabungan tentera laut bagi empat tahun pertama Perang Dunia II. Beliau secara umumnya dianggap panglima perang laut Jepun yang terhebat, dan antara pakar strategi tentera laut terbaik dalam sejarah.

Yamamoto menyandang beberapa jawatan penting dalam Tentera Laut Imperial Jepun, dan melakukan banyak perubahan dan penyusunan semulanya, terutamanya dalam membangunkan penerbangan laut. Beliau adalah panglima besar pada tahun-tahun awal Perang Pasifik dan telah bertanggungjawab bagi pertempuran-pertempuran besar seperti Pearl Harbor dan Midway. Beliau terbunuh selepas pemecah kod Amerika mengenal pasti jadual penerbangannya dan pesawatnya ditembak jatuh. Kematiannya merupakan satu tamparan hebat buat tentera Jepun semasa Perang Dunia II.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy