Istana kota

Istana kota Windsor di England.
Istana kota Leiria di Leiria,Portugal

Istana kota, Puri atau kastil (bahasa Inggeris: Castle, berasal dari bahasa Latin castellum) adalah sebuah bangunan batu besar dan dibina bagi tujuan pertahanan dan merupakan simbol utama semasa Zaman Pertengahan. Ahli sejarah tidak dapat menentukan maksud sebenarnya, tetapi ia berbeza dengan istilah umum untuk kubu atau kubu kota, yang menghuraikan kediaman seorang raja atau bangsawan dan memerintah wilayah pertahanan yang tertentu.

Kubu Rom dan kubu bukit merupakan tinggalan istana utama di seluruh Eropah, yang mana wujud pada kurun ke-9 dalam Empayar Carolingian. Penciptaan meriam dan serbuk letupan pada pertengahan kurun ke-13 mengubah keperluan peperangan di Eropah, menghadkan keberkesanan istana dan membawa kepada pembangunan kubu.

Struktur yang serupa di Rusia (Kremlin) dan bangunan feudal Jepun (Shiro) juga dianggap sebagai sebuah istana kota.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy