J

J
J
Abjad Rumi dasar
  Aa Bb Cc Dd  
Ee Ff Gg Hh Ii Jj
Kk Ll Mm Nn Oo Pp
Qq Rr Ss Tt Uu Vv
  Ww Xx Yy Zz  

J ialah huruf kesepuluh dalam abjad Rumi, dan huruf terakhir yang ditambah dalam kalangan 26 huruf sepanjang sejarah pembangunan abjad tersebut.

Ia melambangkan bunyi konsonan letusan lelangit-gusi bersuara /dʒ/ diaturkan dalam sistem Ejaan yang Disempurnakan yang disetujui dua-dua pihak Malaysia dan Indonesia untuk bahasa-bahasa baku mereka pada tahun 1972. Sebelum itu, huruf ini digunakan dalam sistem-sistem ejaan Republik dan van Ophuijsen di Indonesia melambangkan malaran tak geser lelangit /j/ yang digantikan seragam menggunakan huruf Y.[1] Penutur di Malaysia cenderung menyebut huruf ini sebagai jei mengikut bahasa Inggeris (disebut /dʒeɪ/)[2][3] manakala penutur di Indonesia cenderung menyebut huruf ini sebagai "je"[4] (, /dʒe/).

  1. ^ Asmah Haji Omar (1989), "The Malay Spelling Reform", Journal of the Simplified Spelling Society (2): 9–13, diarkibkan daripada yang asal pada 26 Ogos 2011
  2. ^ "J", Oxford English Dictionary, 2nd edition (1989)
  3. ^ "J" and "jay", Merriam-Webster's Third New International Dictionary of the English Language, Unabridged (1993)
  4. ^ "je". Kamus Besar Bahasa Indonesia (ed. ke-3). Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa Indonesia. 2016.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy