Jacques Chirac

Jacques Chirac
Presiden Republik Perancis
Putera Bersama Andorra
Dalam jawatan
17 Mei 1995 – 16 Mei 2007
PresidenValéry Giscard d'Estaing
François Mitterrand
Didahului olehFrançois Mitterrand
Digantikan olehNicolas Sarkozy
Perdana Menteri Perancis
Dalam jawatan
27 Mei 1974 – 26 Ogos 1976
20 Mac 198610 Mei 1988
Didahului olehPierre Messmer
Laurent Fabius
Digantikan olehRaymond Barre
Michel Rocard
Butiran peribadi
Lahir29 November 1932
Paris, Perancis
Meninggal dunia26 September 2019(2019-09-26) (umur 86)
Paris, Perancis
Parti politikUMP (bukan ahli rasmi)
PasanganBernadette Chodron de Courcel

Jacques René Chirac (29 November 1932 - 26 September 2019) ialah mantan Presiden Republik Perancis. Beliau dipilih untuk menyandang jawatan presiden dari tahun 1995, dan kemudiannya dipilih semula pada tahun 2002 untuk tempoh sehingga tahun 2007. Sebagai Presiden, Chirac merupakan Putera Bersama ex officio untuk prinsipaliti Andorra serta pemegang anugerah Ketua Besar (Grand Maître) Légion d'honneur.

Dilahirkan di Paris, Perancis, Chirac belajar di Institut Kajian Poliitk Paris dan Sekolah Pentadbiran Negara Perancis. Selepas pendidikannya, beliau memulakan kerjayanya sebagai seorang kakitangan awam berpangkat tinggi dan kemudian menyertai bidang politik. Sejak masa itu, Chirac telah menyandang berbagai-bagai jawatan kanan, termasuk Menteri Pertanian, Perdana Menteri, Datuk Bandar Paris, dan akhirnya, Presiden Perancis.

Chirac berpegang teguh pada penurunan kadar-kadar cukai, penghapusan kawalan harga, pengenaan hukuman keras terhadap jenayah dan keganasan, serta penswastaan perniagaan. Beliau juga menyokong dasar-dasar ekonomi yang lebih bersifat tanggungjawab sosial, dan dipilih sebagai presiden pada tahun 1995, selepas berkempen untuk memulihkan "celah sosial" (fracture sociale). Dasar-dasar ekonominya pada berbagai-bagai masa termasuk kedua-dua unsur laissez faire dan dirigisme. Tentang persoalan-persoalan Kesatuan Eropah, beliau telah memegang pendirian yang berbeza-beza dari euroskeptisisme hinggalah ke pendirian-pendirian yang lebih bersifat pro-Kesatuan.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy