Jayma Mays | |
---|---|
![]() Mays di Anugerah Golden Globe ke-67 | |
Kelahiran | Jamia Suzette Mays 16 Julai 1979 Bristol, Tennessee, A.S. |
Pusat pendidikan | Universiti Radford |
Pekerjaan | Pelakon, penyanyi |
Tahun aktif | 2004–kini |
Pasangan | Adam Campbell (k. 2007) |
Anak-anak | 1 |
Jamia Suzette "Jayma" Mays (lahir 16 Julai 1979) ialah seorang pelakon dan penyanyi Amerika Syarikat.[1][2] Beliau terkenal dengan watak Emma Pillsbury dalam siri drama muzikal Fox Glee, watak ulangannya sebgai Charlie Andrews dalam siri cereka sains NBC Heroes dan berlakon dalam filem Paul Blart: Mall Cop dan The Smurfs. Dari Oktober 2013 sehingga November 2014, beliau menjayakan watak Debbie dalam sitkom The Millers. Paling baru-baru ini, beliau memegang watak Carol Anne Keane dalam sitkom NBC Trial & Error, yang bersiaran sebanyak dua musim sebelum dibatalkan pada 2018.