Jean de Lattre de Tassigny

Jean de Lattre de Tassigny
Général de Lattre pada 1946
Butiran peribadi
Lahir(1889-02-02)2 Februari 1889
Mouilleron-en-Pareds, Vendée, Republik Perancis
Meninggal dunia11 Januari 1952(1952-01-11) (umur 62)
Paris, Republik Perancis
KerakyatanPerancis
PasanganSimonne Calary de Lamazière
Anak-anakBernard de Lattre de Tassigny
IbuAnne Marie Louise Hénault
BapaRoger de Lattre de Tassigny
Alma materLycée privé Sainte-Geneviève
École spéciale militaire de Saint-Cyr
Maktab Kavalri
Perkhidmatan ketenteraan
Nama samaranLe Roi Jean
KesetiaanPerancis Republik Ketiga Perancis
Perancis Negara Perancis
Perancis Bebas
Perancis Republik Keempat Perancis
Perkhidmatan/
cawangan
Tentera Darat Perancis
Tahun perkhidmatan1911 – 1952
PangkatGénéral d'armée[a]
Unit
  • Rejimen Ke-12 Dragoon[1]
  • Rejimen Ke-93 Infantri
  • Rejimen Ke-49 Infantri
  • Rejimen Ke-21 Tirailleurs
  • Rejimen Ke-4 Infantri
  • Rejimen Ke-46 Infantri
  • Rejimen Ke-5 Infantri
  • Rejimen Ke-51 Infantri
Perkhidmatan
Pertempuran
Anugerah
Maréchal de France
Honours and decorations


House de Lattre de Tassigny

Jean Joseph Marie Gabriel de Lattre de Tassigny, (Perancis: [ʒɑ̃ də latʁ də tasiɲi]; 2 Februari 1889 – 11 Januari 1952) adalah seorang Jeneral Perancis semasa Perang Dunia II dan Perang Indochina Pertama. Beliau telah dinaikkan pangkat kehormat Marsyal Perancis selepas kematian.

Selaku seorang pegawai dalam Perang Dunia I, beliau berjuang di beberapa pertempuran, termasuk Verdun dan telah tercedera sebanyak 5 kali, mengakhiri perang dengan 8 surat penghargaan, pingat Légion d'honneur dan pingat Military Cross. Sewaktu zaman antara perang, beliau mengambil bahagian dalam kempen di Maghribi dimana beliau tercedera sekali lagi. Beliau kemudian melanjutkan kerjaya dalam markas staf am dan sebagai komander rejimen.

Pada awal Perang Dunia II, dari Mei sehingga Jun 1940, beliau merupakan jeneral Perancis yang paling muda. Beliau memimpin divisyennya semasa Pertempuran Perancis, di pertempuran Rethel, Champagne-Ardenne, dan Loire dan sehingga Peletakan Senjata 22 Jun 1940. Sewaktu pemerintahan Vichy, beliau kekal didalam Tentera Darat Vichy, mula-mula di jawatan pemerintah wilayah, kemudian sebagai Panglima pasukan tentera di Tunisia. Selepas pendaratan tentera Bersekutu di Afrika Utara, pada 11 November 1942, pihak Jerman menceroboh zon bebas; de Lattre, Panglima Divisyen Ke-16 di Montpellier, menolak arahan untuk tidak memerangi tentera Jerman dan merupakan satu-satunya jeneral yang aktif untuk memerintahkan pasukannya menentang penceroboh. Beliau telah ditangkap tetapi melarikan diri dan berpaling tadah kepada Perancis Bebas Charles de Gaulle pada akhir tahun 1943. Dari tahun 1943 hingga 1945 beliau merupakan salah seorang pemimpin kanan Tentera Pembebasan, memerintah angkatan perang yang mendarat di Selatan Perancis pada 15 Ogos 1944, kemudian bertempur hingga Sungai Rhine dan Sungai Danube. Beliau adalah satu-satunya jeneral Perancis Perang Dunia II yang memerintah sejumlah besar tentera Amerika, apabila Kor XXI AS diserapkan ke Tentera Darat Pertamanya semasa pertempuran Kelompok Colmar. Beliau juga merupakan wakil Perancis di Berlin pada 8 Mei 1945, bersama-sama Eisenhower, Zhukov dan Montgomery.

Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Perancis di Jerman pada 1945, kemudian Inspektor Jeneral Tentera Darat Perancis dan Ketua Turus Pertahanan pada 1947, beliau adalah naib presiden Majlis Tertinggi Perang. Dari tahun 1948 hingga 1950 beliau bertugas sebagai Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Darat Kesatuan Barat. Pada tahun 1951, beliau merupakan Pesuruhjaya Tinggi, Panglima Tertinggi di Indochina dan Panglima Tertinggi Kor Ekspedisi Timur Jauh Perancis, memenangi beberapa pertempuran ke atas Việt Minh. Anak lelaki tunggalnya terkoban disana, diserang penyakit memaksa beliau pulang ke Paris dimana beliau meninggal dunia akibat kanser pada tahun 1952. Beliau telah dinaikkan pangkat kehormat Marsyal Perancis secara anumerta pada 1952 semasa diberi pengkebumian negara.


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/> yang berpadanan disertakan

  1. ^ Governement of the French Republic (2 September 1912). "Décision du 2 Septembre 1912 portant affectation dans l'armée active". gallica.bnf.fr. Dicapai pada 1 August 2019.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy