Jieqi

(Dua puluh empat) tempoh suria
Tulisan Cina Tradisional(二十四)節氣
Tulisan Cina Ringkas(二十四)节气

Jieqi atau tempoh suria ialah salah satu daripada 24 titik masa yang berpadanan dengan peristiwa astronomi tertentu atau menandakan sesuatu fenomena semulajadi dalam China kalendar lunisolar tradisional. Titik-titik ini dijarakkan 15° sama rata di sepanjang ekliptik dan digunakan oleh kalendar lunisolar untuk kekal serentak dengan peralihan musim. Jieqi berasal dari China, kemudian disebar ke Korea, Vietnam, dan Jepun. Ini ditunjukkan oleh kenyataan bahawa tulisan-tulisan Cina tradisional untuk kebanyakan tempoh-tempoh ini adalah seiras.

Oleh sebab kelajuan Matahari sepanjang ekliptik berubah-ubah bergantung kepada jarak antara Bumi dengan Matahari, bilangan hari yang diambil Matahari untuk bergerak antara setiap pasang tempoh ini sedikit berubah-ubah sepanjang tahun. Setiap jieqi dibahagikan kepada tiga pentad (Bahasa Cina: ; pinyin: hòu). Setiap pentad terdiri daripada lima hari (atau jarangnya, enam hari), maka terdapat 72 pentad dalam setahun.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy