John Atta Mills | |
---|---|
Presiden Ghana | |
Dalam jawatan 7 Januari 2009 – 24 Julai 2012 | |
Naib Presiden | John Dramani Mahama |
Didahului oleh | John Kufuor |
Digantikan oleh | John Dramani Mahama |
Naib Presiden Ghana | |
Dalam jawatan 7 Januari 1997 – 7 Januari 2001 | |
Presiden | Jerry Rawlings |
Didahului oleh | Kow Nkensen Arkaah |
Digantikan oleh | Aliu Mahama |
Butiran peribadi | |
Lahir | Tarkwa, Gold Coast (kini Ghana) | 21 Julai 1943
Meninggal dunia | 24 Julai 2012 Accra, Ghana | (umur 68)
Parti politik | Kongres Demokratik Kebangsaan |
Pasangan | Ernestina Naaduu |
Anak-anak | Sam Kofi[1] |
Alma mater | |
Profesion | Profesor undang-undang |
Laman web rasmi | attamills |
John Evans Fifii Atta Mills (21 Julai 1944[1] – 24 Julai 2012) ialah seorang ahli politik berbangsa Ghana. Beliau merupakan Presiden Ghana dari 2009 hingga kematiannya pada 2012, dan Naib Presiden Ghana ketiga dari tahun 1997 hingga 2001 di bawah pimpinan Presiden Jerry John Rawlings. Ahli Kongres Demokratik Kebangsaan ini pernah bertanding dalam pilihan raya presiden pada tahun 2000 dan 2004 namun gagal sehingga akhirnya menang tipis pada pilihan raya presiden 2008.[2] Beliau meninggal dunia pada 24 Julai 2012 di sebuah hospital tentera di Accra,[3] dan merupakan ketua negara Ghana pertama meninggal dunia ketika memegang jawatan.