Yang Mulia Julia Gillard | |
---|---|
Perdana Menteri Australia ke-27 | |
Dalam jawatan 24 Jun 2010 – 27 Jun 2013 | |
Raja | Elizabeth II |
Gabenor Jeneral | Quentin Bryce |
Timbalan | Wayne Swan |
Didahului oleh | Kevin Rudd |
Digantikan oleh | Kevin Rudd |
Ketua Parti Buruh | |
Dalam jawatan 24 Jun 2010 – 26 Jun 2013 | |
Timbalan | Wayne Swan |
Didahului oleh | Kevin Rudd |
Digantikan oleh | Kevin Rudd |
Timbalan Perdana Menteri Australia ke-13 | |
Dalam jawatan 3 Disember 2007 – 24 Jun 2010 | |
Perdana Menteri | Kevin Rudd |
Didahului oleh | Mark Vaile |
Digantikan oleh | Wayne Swan |
Anggota Parlimen Australia untuk Lalor | |
Memegang jawatan 3 Oktober 1998 | |
Didahului oleh | Barry Jones |
Butiran peribadi | |
Lahir | Julia Eileen Gillard 29 September 1961 Barry, Wales, UK |
Parti politik | Parti Buruh |
Rakan kongsi domestik | Tim Mathieson |
Kediaman | Altona, Victoria[1] |
Alma mater | Universiti Melbourne Universiti Adelaide |
Tandatangan | |
Laman web rasmi | Tapak web parlimen Tapak web PBA |
Julia Eileen Gillard (lahir 29 September 1961) ialah Perdana Menteri Australia ke-27, dan juga perdana menteri wanita pertama dalam sejarah Australia.
Gillard turut menjadi ketua Parti Buruh Australia di pilihan raya kepimpinan parti tersebut pada 24 Jun 2010, tidak lama kemudian mengangkat sumpah sebagai perdana menteri. Beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri Australia di bawah pimpinan Kevin Rudd. Pada 11 Disember 2007,[2] beliau menjadi wanita pertama yang menyandang tugasan perdana menteri dalam sejarah Australia, ketika menjadi pemangku perdana menteri untuk Rudd yang menghadiri Persidangan Perubahan Iklim PBB di pulau Bali.[3][4][5]
Gillard juga merupakan perdana menteri kelahiran luar negara yang pertama semenjak Billy Hughes, yang berkhidmat dari tahun 1915 hingga 1923.[6][7][8]
Pada 17 Julai 2010, Gillard mengumumkan adanya pilihan raya pada 21 Ogos depan.[9] Pilihan raya tersebut berkesudahan dengan parlimen tergantung, kerana Parti Buruh dan Campuran masing-masing kekurangan empat kerusi untuk membentuk kerajaan majoriti, maka terpaksalah kedua-dua pihak berpuas hati dengan kerajaan minoriti dengan merebut empat ahli bebas, seorang ahli Parti Negara Australia Barat dan seorang ahli Australian Greens yang memegang imbangan kuasa.[10][11] Pada 7 September 2010, Gillard disahkan sebagai Perdana Menteri dengan sokongan seorang ahli Greens dan tiga ahli bebas.[12]
Pada 26 Jun 2013, selepas pemilihan ketua Parti Buruh Australia, Gillard tewas kepada Kevin Rudd.[13] Keesokan harinya beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.[14]