Kahat

Kahat ialah sebuah bencana yang melanda sesuatu kawasan yang menyebabkan kekurangan makanan,[1] disebabkan oleh beberapa faktor termasuklah peperangan, inflasi, tanaman tidak menjadi, ketidakseimbangan penduduk, malah juga kerana dasar kerajaan. Bencana ini selalunya diberikuti atau disertai malnutrisi, kebuluran, wabak, dan peningkatan pada kadar kematian. Setiap benua yang didiami pernah melalui kahat dari segi sejarah. Dalam abad ke-19 dan ke-20, kahat meragut paling ramai nyawa di rantau Asia Selatan dan Asia Tenggara, juga Eropah Timur dan Tengah. Kadar kematian disebabkan kahat turun mendadak menjelang 2000-an.

Beberapa negara, terutama sekali di rantau Afrika sub-Sahara, masih lagi mengalami kahat yang melampau. Sejak 2010, Afrikalah benua yang paling dijejas di dunia akibat kahat. Menjelang 2017, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mengeluarkan amaran kepada 20 milion orang yang diancam kahat di Sudan Selatan, Somalia, Nigeria dan Yaman. Keadaan pertanian asyik berubah-ubah kerana perubahan cuaca, dan pengagihan makanan terjejas disebabkan peperangan dan konflik. Kebanyakan program kini menyumbang pertolongan kepada Afrika.

  1. ^ Kelly, James (May 1992). "Scarcity and Poor Relief in Eighteenth-Century Ireland: The Subsistence Crisis of 1782–4". Irish Historical Studiesvolume=28. Cambridge University Press: 38–62. JSTOR 30008004.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy