Kalkulus

Topik dalam Kalkulus

Teorem asas
Had fungsi
Keselanjaran
Teorem nilai min

Kalkulus pembezaan

Terbitan
Perubahan pemboleh ubah
Pembezaan tersirat
Teorem Taylor
Kadar terhubung
Identiti
Petua:
Petua kuasa
Petua hasil darab
Petua hasil bahagi
Petua rantai

Kalkulus (Bahasa Latin: calculus terbitan calx "batu kerikil; batu kecil; bara"[1] untuk menghitung[2]) adalah cabang ilmu matematik yang merangkumi had, terbitan, kamiran, dan deret tak terhingga. Kalkulus adalah ilmu mengenai perubahan, sebagaimana geometri adalah ilmu mengenai bentuk dan algebra adalah ilmu mengenai pengerjaan untuk memecahkan persamaan serta aplikasinya. Kalkulus mempunyai aplikasi yang luas dalam bidang-bidang sains, ekonomi, dan teknikal; serta dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang tidak dapat diselesaikan dengan algebra asas.[3]

Kalkulus mempunyai dua cabang utama, iaitu kalkulus pembezaan dan kalkulus kamiran yang saling berhubungan melalui teorem asas kalkulus. Pelajaran kalkulus adalah pintu gerbang menuju pelajaran matematik lain yang lebih tinggi, yang khusus mempelajari fungsi dan limit, yang secara umum dinamakan analisis matematik.[3]

  1. ^ "calcŭlus". K. Prent, J. Adisubrata, W. J. S. Poerwadarminta (1969). Kamus Latin-Indonesia. Jogjakarta: Penerbitan Jajasan Kanisius. m/s. 106.
  2. ^ Lihat:
    • "History – Were metered taxis busy roaming Imperial Rome?". Skeptics Stack Exchange. 2020-06-17. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 May 2012. Dicapai pada 2022-02-13.
    • Cousineau, Phil (2010). Wordcatcher: An Odyssey into the World of Weird and Wonderful Words (dalam bahasa Inggeris). Simon and Schuster. m/s. 58. ISBN 978-1-57344-550-4. OCLC 811492876.
  3. ^ a b Latorre, Donald R.; Kenelly, John W.; Reed, Iris B.; Biggers, Sherry (2007), Calculus Concepts: An Applied Approach to the Mathematics of Change, Cengage Learning, m/s. 2, ISBN 0-618-78981-2, diarkibkan daripada yang asal pada 2023-03-27, dicapai pada 2013-11-08 Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan), Chapter 1, p 2 Diarkibkan 2023-03-27 di Wayback Machine

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy