Kapal pembinasa

kelas Udaloy
Kelas Arleigh Burke

Kapal pembinasa atau dalam bahasa Inggerisnya destroyer ialah terminologi tentera laut yang merujuk kepada sejenis kapal perang moden yang mempunyai saiz yang lebih besar dan mampu membawa persenjataan yang lebih banyak serta jauh lebih berat berbanding kapal jenis frigat.

Kebiasaannya kapal pembinasa mampu bergerak dengan laju dan lincah untuk memberinya kelebihan berbanding kapal jenis lain ketika pertempuran kerana dilengkapi dengan enjin turbin berkuasa gas sebagai pendorong skunder yang boleh diaktifkan apabila perlu.

Kerana saiz dan keupayaannya, jika keadaan mendesak atau terpisah dari kumpulan utama ia mampu bertempur bersendirian menghadapi sebarang bentuk ancaman dalam semua dimensi peperangan maritim skala sederhana seperti peperangan elektronik, udara, permukaan dan bawah permukaan.

Kapal pembinasa juga berkeupayaan berlayar pada jarak yang jauh bagi tujuan untuk mengiringi kapal yang bersaiz besar (seperti kapal pengangkut pesawat atau kapal tangki dalam sesebuah armada, atau formasi angkatan perang.

Berdasarkan tujuan ia dibina dan keupayaannya, sekumpulan kapal pembinasa (2-3 buah) sering digunakan bagi mempertahankan kapal lain yang lebih besar daripada serangan jarak dekat oleh kapal yang lebih kecil atau memberi naungan perlindungan pertahanan udara serta ancaman daripada kapal selam musuh.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy