Karachi
كراچى | |
---|---|
Negara | Pakistan |
Wilayah | Sindh |
Pentadbiran | |
• Datuk Bandar | Syed Mustafa Kamal |
Penduduk | |
• Jumlah | 14,916,456 |
Zon waktu | UTC+ 5 (PST) |
Laman sesawang | Laman web Kerajaan Karachi |
Karachi (Urdu: کراچی; ALA-LC: 'Karācī', IPA: [kəˈraːtʃi], Sindh: ڪراچي) merupakan ibu kota wilayah Sindh dan bandar raya terbesar di Pakistan. Terletak di pantai Laut Arab dan berhampiran Delta Sungai Indus. Karachi merupakan bandar metropolitan dengan pelbagai fungsi. Luasnya ialah 2,330 km persegi. Bandar ini digelar 'Bandar Cahaya' dan "Bandar Raya Quaid". Di sinilah pengasas Pakistan, Muhammad Ali Jinnah dilahirkan dan dikebumikan. Penduduknya dipanggil sebagai Karachiites dalam bahasa Inggeris.