Karbohidrat

Gandum kaya akan karbohidrat.

Karbohidrat (Jawi: کربوهيدرت) ialah polimer semula jadi yang merupakan sejenis kelas makanan yang sangat penting bagi manusia kerana karbohidrat adalah sumber utama tenaga untuk menjalankan pelbagai kegiatan. Karbohidrat ialah nutrien kimia yang mengandungi karbon (C),hidrogen (H) dan oksigen (O).

Karbohidrat diperlukan untuk membekalkan tenaga bagi kegunaan badan. Kekurangan karbohidrat boleh menyebabkan seseorang itu berasa lemah dan tidak bermaya. Karbohidrat yang diambil secara berlebihan pula boleh menyebabkan penyakit seperti diabetis. Penyakit ini berpunca daripada gangguan fungsi hormon insulin oleh pankreas. Gangguan ini menyebabkan kandungan glukosa dalam badan seseorang meningkat dan boleh menyebabkan penyakit diabetis.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy